KEGEMILANGAN ISLAM MELAKA DI BAWAH DUA GENERASI PEMERINTAH (1445-1477)

SYAIMAK ISMAIL, MUHAMMAD SAIFUL ISLAM ISMAIL, MUHAMMAD ANAS IBRAHIM, MOHD KHAIRI ISMAIL

Abstract


ABSTRAK

Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke-15, pelabuhan terulung ini menjadi saksi kepada kehadiran pelbagai bangsa dari seantero dunia yang datang dengan tujuan untuk berdagang dan menjual barangan yang dibawa khusus dari negera masingmasing. Pertembungan budaya, agama, bahasa dan adat telah membawa kepada pertumbuhan budaya dan adat Melayu selain memperkayakan pebendaharaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantaraan masyarakat pedagang di pelabuhan Melaka. Kehadiran ulama berbangsa Arab ke Melaka telah mebawa kepada perkembangan agama Islam bahkan kedatangan mereka telah memberi kebaikan apabila masyarakat di Melaka majoritinya memeluk agama Islam mengikut saranan raja yang memerintah pada ketika itu. Sejarah di Alam Melayu membuktikan Melaka sebagai pusat perkembangan Islam yang terulung di Asia Tenggara. Peranan Melaka sebagai lokasi perkembangan ilmu pengetahuan Islam telah menjadi bukti bahawa Islam adalah agama anutan yang utama bagi masyarakat Melayu yang menetap di Kepulauan Melayu pada abad ke 15. Usaha dan campur tangan pemerintah telah menjadikan Melaka semakin maju dalam aktiviti perkembangan ilmu dan penyebaran Islam. Kajian ini akan melihat lebih lanjut usaha dan peranan dua pemerintah ulung yang memerintah pada era kegemilangan Melaka dalam meletakan panji Islam sebagai paksi pemerintahan. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dan analisis berbentuk deskriptif bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan. Hasil daripada kajian ini mendapati, dua orang sultan iaitu Sultan Muzaffar Shah (1445-1459) dan Sultan Mansur Shah (1459-1477) yang bertanggungjawab memastikan Islam terus tersebar di keseluruhan alam Melayu. Selain itu, antara faktor yang menggalakan pertumbuhan Islam di Melaka adalah kerana kestabilan politik, perkembangan ilmu yang pesat dan pengukuhan undang-undang Islam.

Kata Kunci: Dua; generasi; Islam, kegemilangan; Melaka


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.