PENEMUAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM CERITA LISAN MELAYU: SATU PENELITIAN TERHADAP PENDEKATAN KARYA DAN KHALAYAK
Abstract
ABSTRAK
Cerita lisan Melayu merupakan khazanah warisan milik masyarakat Melayu yang disampaikan secara lisan. Lantaran itu, cerita lisan Melayu akrab dengan amalan nilainilai Islam dalam kalangan masyarakat Melayu dan bertepatan dengan syariat Islam. Kini, kebanyakan masyarakat menggangap cerita lisan Melayu merupakan karya tidak memiliki ilmu pengetahuan, rekaan semata-mata, membosankan, membodohkan dan tidak memiliki nilai-nilai Islam yang dapat membentuk sahsiah dan akhlak kepada manusia. Oleh itu, pengkajian ini sewajarnya dijalankan untuk menangkis persepsi lemah masyarakat demi memastikan cerita lisan Melayu dapat dilihat sebagai karya yang bermutu dan perlu diperjuangkan dalam dunia akademik agar menjadi wadah ilmu kepada bangsa. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilainilai dalam cerita lisan Melayu. Lantas, Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia. Teks diselenggara oleh Zainariah Abdul Wahab, Nur Syafiqa Yusof & Fatimah Abdul Nasir dan diterbitkan oleh Edukid Publication Sdn. Bhd pada tahun 2017 dijadikan sebagai bahan utama. Selain itu, pengapliksian pendekatan karya dan khalayak yang terkandung dalam Teori Takmilah digunakan sebagai deduktif kajian untuk memantapkan analisis dan dapatan kajian. Di samping itu, reka bentuk kajian ini ialah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan teks. Justeru, kajian ini membuktikan kepada masyarakat mengenai penemuan nilai-nilai Islam dalam cerita rakyat lisan Melayu yang tujuan mendidik masyarakat Melayu menjadi lebih berakhlak dan berjiwa mulia.
Kata Kunci: Akhlak; cerita lisan Melayu; masyarakat Melayu; nilai-nilai Islam; teori Takmilah
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.