PERSPEKTIF SOSIO EKONOMI MASYARAKAT DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH KARYA AZIZI ABDULLAH

NOOR SALAWATI ABU BAKAR, ZUBIR IDRIS, SHAIFUL BAHRI MD. RADZI

Abstract


ABSTRAK

Azizi Abdullah menerusi karya-karyanya sering menampilkan kehidupan masyarakat desa dan bersulam dengan ikatan keluarga. Biarpun mengheret pelbagai tema dengan genre yang berbeza, Azizi tetap mengetengahkan survival kehidupan keluarga. Karyakarya beliau sering menampilkan landskap ekonomi masyarakat Melayu yang cenderung dalam arena tani dan sara diri. Penceritaan yang berlatar belakang kepada kehidupan desa turut membawa khalayak kepada kepayahan hidup dan jauh dari keselesaan infrastruktur di samping ikatan keluarga yang besar. Karya-karya beliau turut memperlihatkan impak ekonomi yang memberi ruang dan migrasi ke kota untuk peluang kerja dan peranan gender. Kemunculan teknologi turut merubah kaedah tani di desa sekaligus menyumbang kepada mobiliti masyarakat. Dasar kerajaan terhadap pembangunan dan pemodenan desa yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi dilihat memberi impak dan kepincangan dalam kekeluargaan. Keadaan tersebut ditampilkan oleh Azizi dalam novel-novelnya seperti Senja Belum Berakhir, Harga Sebuah Maruah, Tukcai dan Seorang Tua di Kaki Gunung. Kajian ini bersifat kualitatif, yang melibatkan pembacaan yang rapi dan pentafsiran sumber bertulis. Kajian terhadap aspek sosio ekonomi mendapati, telah wujud perubahan dari aspek peluang kerjaya, citra dan peranan wanita serta penerimaan masyarakat terhadap penggunaan kaedah moden dalam amalan pertanian masyarakat desa. Hal yang demikian menunjukkan masyarakat desa telah menerima perubahan dan berusaha meningkatkan taraf kehidupan. Biarpun pengkaryaan novel dilihat, menjadi pelantar kepada Azizi untuk menyuarakan kritikan, perasaan dan pandangan terhadap permasalahan-permasalahan persekitaran sosio ekonomi masyarakat namun beliau turut memperlihatkan berlaku anjakan taraf kehidupan masyarakat.

Kata kunci: Konstektual; pemerhatian; pemikiran; sosioekonomi; tekstual


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.