Pemikiran Siber Urbanisme Masyarakat Melayu di Bandar Pintar

Jalaluddin Abdul Malek, PhD

Abstract


Konsep pembangunan bandar era paska moden telah diberi berbagai jenama seperti konsep
bandar mapan, bandar sejahtera, bandar berdaya huni, bandar selamat dan bandar pintar. Bandar
pintar pula dikenali dengan berbagai nama seperti intelligent city, smart city, bandaraya bestari,
bandar maya dan technopolis. Kesemua bandar pintar tadi dibangun dengan mengutamakan
infrastruktur ICTs (Information and Communication Technology) sebagai kemudahan asas
bandar di samping kemudahan asas yang lain. Infrastruktur ICTs tersebut bertujuan untuk
merealisasikan sistem aplikasi kerajaan elektronik, sistem teleperubatan, sistem perdagangan
elektronik dan sistem kad pintar. Pembangunan konsep bandar pintar juga tidak meninggalkan
aspek pembangunan Masyarakat Global Bermaklumat (MGB). Pembangunan MGB memberi
tumpuan kepada pembangunan manusia termasuk aspek pengetahuan, jasmani dan rohaniah.
Bandaraya Bestari, Bandaraya Taman Putrajaya serta Bandar Pintar Cyberjaya merupakan contoh
terbaik di negara ini yang menerima pakai konsep bandar pintar kerana terletak dalam kawasan
MSC. Namun begitu `pintar’nya bandar pintar sering dibicarakan dalam konteks pembangunan
fizikal (urbanisasi dan urbaniti) seperti kemajuan kemudahan ICTs. Jarang sekali dibicarakan
dalam konteks pembangunan MGB khususnya dari aspek pemikiran (urbanisme). Justeru,
perbincangan ini melihat isu pemikiran pembandaran bandar pintar yang dikenali sebagai siber
urbanisme yang menyentuh perubahan sosio-teknologi MGBnya. Tumpuan utama melihat
pemikiran siber urbanisme penduduk Melayu di Putrajaya dalam menghadapi arus kemajuan
ICTs dan kemajuan sebagai MGB. Isunya, bagaimanakah keadaan penerimaan kemajuan ICTs
oleh orang-orang Melayu yang mendiami Putrajaya ? Apakah jenis pemikiran siber urbanisme
mereka sebagai MGB kesan daripada penerimaan konsep bandar pintar tadi ? Adakah ianya
sesuai dengan jatidiri dan budaya mereka ? Sehubungan itu, kertas kerja ini cuba
membincangkan pemikiran siber urbanisme penduduk Melayu mengenai pembangunan Putrajaya
dan pembangunan MGB. Metod yang digunakan ialah analisis kualitatif berasaskan maklumat
daripada dialog dengan para penduduk. Hasil kajian mendapati 12 jenis pemikiran siber
urbanisme telah ditemui iaitu sama ada bersifat pemikiran siber urbanisme positif atau siber
urbanisme negatif yang memberi cabaran kepada pembangunan bandar pintar dan MGB.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.