Pantun Sebagai Perakam Norma: Penelitian Awal Terhadap Perkahwinan dan Keluarga Melayu
Abstract
Makalah ini merupakan rakaman bagaimana pantun berfungsi dalam masyarakat Melayu. Tumpuan diberikan terhadap penggunaan pantun dalam perkahwinan dan kekeluargaan. Pantun-pantun yang dianalisiskan adalah dikutip secara langsung dalam kehidupan masyarakat masa ini. Makalah ini menjelaskan pantun terbukti merupakan tempat rujukan bagi perlakuan berpiawai dalam masyarakat Melayu. Baik daripada segi perkahwinan mahupun kekeluargaan, dari satu sisi, pantun merupakan artifaks yang merakamkan nilai, norma, falsafah serta bentuk, struktur dan isi kandungan masyarakat Melayu. Dari sisi yang lain, ia menggariskan perlakuan normatif secara kolektif dan individu.
Kata Kunci: artifaks, norma, budi, nilai dan perlakuan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.