Mak Yong dalam Bentuk Teater: Meneliti Aspek Pengarahan Anak Raja Gondang oleh Norzizi Zulkifli

Mohd. Ghazali ABDULLAH

Abstract


Makalah ini merupakan satu pengamatan secara langsung terhadap persembahan mak yong yang diarah oleh Norzizi Zulkifli dalam bentuk kontemporari. Isu yang ingin ditinjau ialah bagaimanakah pengurusan persembahan, khususnya dalam aspek pengarahan sebuah persembahan yang berjaya dijalankan. Didapati sebetulnya tidak ada teknik khusus dalam pengurusan dan pengarahan persembahan selain daripada dedikasi dan komitmen para penglibat, terutamanya pengarah sendiri dan para pelakon. Sebuah pementasan yang baik memerlukan skrip yang baik dan latihan berterusan. Aspek-aspek lain seperti pentas, set,prop, tatacahaya, tatahias, kostum dan pelbagai kesan odio-visual yang canggih hanyalah bersifat secondry. Bertitik tolak daripada dedikasi dan komitmen pihak-pihak berkenaan itulah maka dengan sendirinya menerbitkan pengurusan dan pengarahan yang baik.

Kata kunci: Cerita, Persembahan, Pengarahan, Pelakon dan Pentas


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.