Manusia dan Kuasa: Meneliti Politik Perpartian dalam Beberapa Novel Melayu 1970-an hingga 1980-an
Abstract
Makalah ini meneliti politik perpartian dalam beberapa buah novel Melayu yang dihasilkan pada dekad 1970-an dan 1980-an. Novel-novel yang diteliti ialah Sutan Baginda dan Tunggul-tunggul Gerigis karya Shahnon Ahmad, Juara karya S.Othman Kelantan, Tokoh Terpilih karya Rahman Shaari, dan Buai Diayun Anak Dicubit karya Marwilis Haji Yusof. Persoalan politik digarapkan dengan menggunakan pendekatan politik kuasa kerana dunia politik itu sendiri berkisar di sekeliling persoalan percanggahan-percangahan pendapat dan kepentingan sesama ahli masyarakat yang melibatkan pula persoalan kuasa. Berdasarkan novel-novel ini sebagai fakta, makalah ini mendapati politik perpatian dalam novel Melayu adalah pantulan atau manifestasi realiti kehidupan sebenar. Novel- novel ini membayangkan perebutan kuasa, permusuhan, pertentangan, lobi- melobi, penyelewengan, dan penganiayaan adalah perkara lazim berlaku dalam kehidupan sebenar, terutamanya sekali daripada segi politik perpatian.
Kata kunci: Kuasa, politik perpartian, perebutan kuasa, permusuhan dan penyelewengan.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.