Proses Pendidikan Muzium: Satu Kajian Awal
Abstract
Ini merupakan kajian awalan tentang proses pendidikan muzium. Persoalan yang ditinjau ialah bagaimana proses pendidikan muzium itu berlaku dan apakah manfaatnya daripada pendidikan tersebut. Kajian ini diasaskan kepada kajian lapangan selama empat bulan (dari September hingga Disember 2009) di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Didapati pendidikan muzium dapat melengkapkan pendidikan secara-formal di sekolah. Pada asasnya, kebanyakan mata pelajaran di sekolah sama ada dalam bidang sains sosial (seperti sejarah, geografi, kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian) mahupun sains tulen adalah sesuai dengan pendidikan muzium kerana muzium mempunyai banyak jenis, tidak terbatas pada pameran artifak sejarah, warisan dan purbakala. Sesebuah muzium itu dicirikan oleh tema bahan-bahan yang dipamerkan seperti flora, fauna, sejarah, dokumen (arkib), arkeologi, geologi, sains, teknologi dan angkasa lepas. Kajian ini mendapati pendidikan muzium bukan sahaja bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga dapat meninggalkan kesan berkekalan. Ini kerana, dari satu sisi, lazimnya muzium mempamerkan objek-objek yang unik atau bahan- bahan yang tidak ditemui dalam kehidupan biasa. Objek-objek begini dengan sendirinya menanam minat terhadap pelajar untuk belajar. Dari sisi yang lain, pendidikan muzium mendorong pengunjungnya mendalam penghayatan terhadap apa yang dipelajari, lebih-lebih lagi sekiranya muzium itu membenarkan berlaku proses secara interaktif. Makalah ini menggalurkan beberapa langkah bagaimana pendidikan muzium boleh dijalankan dengan berkesan.
Kata kunci: Pendidikan muzium, pameran, interaktif, mengalami dan konsep open-store.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.