Komunikasi dan Pembangunan Komuniti Peringkat Desa: Berkongsi Pengalaman antara Indonesia dengan Malaysia

MOHD YUSOF HJ.ABDULLAH, NOOR RAHAMAH ABU BAKAR, JUNAENAH SULEHAN, ABD HAIR AWANG DAN ONG PUAY LIU

Abstract


Makalah ini membincangkan kaitan komponen komunikasi dengan pembangunan komuniti. Sebahagian daripada perbincangan adalah berdasarkan pengalaman permerhatian lapangan di desa di Malaysia dan Jawa Barat, Indonesia. Didapati masyarakat desa di kedua-dua buah negara sentiasa menjadi fokus usaha-usaha pembangunan oleh pihak pemerintah. Walau bagaimanapun, usaha membangunkan komuniti di peringkat desa memerlukan pelbagai input atau komponen lain. Ia memerlukan peruntukan yang besar, teknologi yang bersesuaian, dasar yang baik, program yang berkesan, komitmen politik, kestabilan, dan komunikasi. Komponen komunikasi dianggap sama penting dengan input lain. Satu daripada faktor penting yang menyumbang kepada keadaan kurang sejahtera adalah sikap manusia. Perubahan kepada komponen sikap itu memerlukan pendidikan. Pendekatan mendidik memerlukan aktiviti komunikasi untuk memberi nasihat, memberitahu, menunjukajar, berunding, berpakat, mempengaruhi, dan sebagainya. Komunikasi mengupayakan atau memberdaya komuniti untuk membuat keputusan menyertai dalam proses pembangunan yang dibawakan kepada mereka atau yang dicetuskan oleh komuniti itu sendiri.

Kata kunci: pembangunan komuniti, penyertaan,komunikasi, pemberdayaan komuniti, agen perubahan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.