KELESTARIAN BAHASA CHETTI

FAZLINDA HAMZAH, CHONG SHIN

Abstract


ABSTRAK

Asal usul komuniti Chetti boleh dikesan sejak lima abad yang lalu. Oleh sebab komuniti ini telah bertahan dengan agak lama, tidak hairanlah jika komuniti ini sangat berbeza dan unik dari segi tradisi dan bahasa. Walaupun begitu, kajian mengenai keunikan komuniti ini dan bahasanya amatlah sedikit. Oleh yang demikian, sebagai salah satu usaha untuk menambah kefahaman tentang komuniti Chetti, kertas kerja ini bertujuan mengkaji kelestarian bahasa Chetti berdasarkan instrumen Expanded Graded Intergenerational Disruption Scale (EGIDS) yang diperkenalkan oleh Lewis dan Simons pada tahun 2010. Satu tinjauan dijalankan dikalangan komuniti Chetti yang tinggal di Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka untuk mendapatkan gambaran penggunaan bahasa Chetti. Berdasarkan parameter EGIDS, hasil kajian menunjukkan kelestarian bahasa Chetti adalah diantara 6a-vigorous (Bahasa ini digunakan secara lisan oleh semua generasi dan dipelajari oleh kanak-kanak sebagai bahasa ibunda mereka) dan 6b-threatened (Bahasa ini digunakan secara lisan oleh semua generasi namun hanya segelintir sahaja yang menurunkannya kepada anak mereka).

Kata kunci: bahasa Chetti; bahasa minoriti; EGIDS, kelestarian bahasa, kreole


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.