ETIMOLOGI KATA PINJAMAN PARSI DALAM BAHASA MELAYU

MOHAMAD NORTAUFIQ NOR HASHIM, MOHD KHAIDIR ABDUL WAHAB, ANISWAL ABD. GHANI

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti asal usul kata pinjaman Parsi dalam bahasa Melayu dengan menggunakan data daripada Kamus Dewan Perdana yang diterbitkan pada tahun 2020. Kajian ini akan menggunakan pedoman etimologi yang digagaskan oleh Collins (2003). Terdapat enam pedoman yang dikemukakan oleh beliau, namun kajian ini akan memanfaatkan empat pedoman yang telah diperkemaskan untuk tujuan penganalisisan data. Kajian ini mendapati bahawa kajian etimologi perlu diteliti dari sudut sejarah dan geografi, perkataan asal, perbandingan antara bahasa yang memiliki hubungan atau saling meminjam, dan pembuktian dari sudut masa kewujudan dan penggunaan sesebuah perkataan dalam bahasa Melayu. Bagi menentukan asal usul setiap kata, aspek bentuk dan makna perkataan perlu diteliti dari sudut persamaan dan kemiripan antara bahasa. Dengan menerapkan keempat-empat pedoman ini, maka perbincangan berkaitan asal usul perkataan dapat ditelusuri dengan lebih tepat. Kajian ini juga turut menjelaskan etimologi awal perkataan pinjaman Parsi terpilih yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Kata kunci: bahasa Melayu; bahasa Parsi; etimologi; Kamus Dewan Perdana; kata pinjaman


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.