PENGENALPASTIAN STRUKTUR AYAT PASIF DALAM HIKAYAT ABDULLAH

LIAN CHING WEI, NASRUN ALIAS

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk mengenai pasti struktur ayat pasif dalam teks Hikayat Abdullah karya Abdul Kadir Munsyi. Selain itu, kajian ini turut bertujuan untuk menganalisis struktur ayat pasif dalam teks Hikayat Abdullah karya tersebut. Dari sudut metodologi, kajian ini memanfaatkan kaedah analisis kandungan dokumen untuk mencuplik data-data ayat pasif dan memanfaatkan teori Ubah-Alfa (Ubah-α) dalam model kerangka teori Kuasaan dan Tambatan (1981) untuk menghuraikan data struktur ayat pasif. Hasil kajian memperlihatkan lapan jenis struktur ayat pasif yang digunakan dalam teks Hikayat Abdullah yang terdiri daripada (i) struktur ayat pasif berimbuhan di-, (ii) struktur ayat pasif berimbuhan apitan ke-…-an, (iii) struktur ayat pasif berimbuhan ter-, (iv) struktur ayat pasif dengan kata ganti nama, (v) struktur ayat pasif dengan kata kena, (vi) struktur ayat pasif semu, (vii) struktur ayat pasif pendepanan frasa kerja, dan (viii) struktur ayat pasif tanpa frasa nama subjek. Di samping itu, kajian ini berjaya membuktikan struktur luaran kelapan-lapan jenis struktur ayat pasif ini diterbitkan daripada struktur dalamannya yang juga bersifat pasif. Yang menariknya, kajian ini turut membincangkan ayat pasif semu yang belum pernah dibincangkan pengkaji terdahulu yang memanfaatkan teori Ubah-α. Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian linguistik Melayu yang menarik dan saintifik untuk diselidik kerana data ayat bahasa Melayu klasik yang kompleks dapat ditinjau secara ilmiah. Hal ini secara langsung akan menjadikan kajian ini sebagai kosa ilmu bahasa Melayu dengan penelitian linguistik terhadap penulisan masyarakat Melayu klasik yang mempunyai nilai kepentingannya yang tersendiri.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.