PERKEMBANGAN SISTEM VOKAL DIALEK HULU PERAK UTARA (DHPU): DAHULU DAN KINI

NUR HABIBAH C.R., RAHIM AMAN, SHAHIDI A.H.

Abstract


Makalah ini membincangkan perincian sistem vokal dialek Hulu Perak Utara (DHPU) merentasi peredaran masa. Kajian ini dilakukan untuk menghurai sistem vokal  DHPU dan seterusnya mengenalpasti evolusi yang berlaku melalui  perbandingan dengan Melayik Purba (MP), Adeelar (1992) dan bahasa Melayu Purba (BMP) oleh Asmah (2008). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis perbandingan kualitatif yang dilakukan secara sinkronik dan diakronik. Matlamat sinkronik ini dipenuhi melalui pendeskripsian sistem vokal DHPU. Manakala matlamat diakronik dilakukan dalam merekonstruksi, meneliti perkembangan sistem vokal DHPU berdasarkan inovasi dan retensi yang dibandingkan dengan sistem vokal MP serta BMP. Pengumpulan data di lapangan menggunakan metode cakap yang disusuli dengan teknik temu bual semuka secara langsung dan tidak langsung. Data daftar kata melibatkan sembilan bidang semantik, iaitu waktu, bilangan, anggota tubuh badan, alat kelengkapan rumah, binatang, kekeluargaan, kata ganti nama, alam persekitaran dan emosi dan perbuatan. 9 kampung dipilih mewakili 9 varian HPU. Terdapat dua dapatan utama hasil daripada kajian yang dilakukan. Pertama, DHPU tergolong dalam dialek yang memiliki ‘sistem enam-vokal’. Kedua, evolusi sistem vokal DHPU mengalami 4 jenis retensi dan 2 jenis inovasi melalui perbandingannya dengan MP, namun sistem vokal DHPUP adalah refleks langsung daripada BMP iaitu mengekalkan sistem enam-vokal. Implikasi daripada kajian ini dapat memberikan perspektif yang lebih jelas dan terkini terhadap kajian awal vokal DHPUP sebelum ini dan diharap memberi sumbangan dalam pembinaan semula bahasa Melayu Purba.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.