MITOS JERAM MAK NENEK, PASIR PUTEH, KELANTAN
Abstract
Cerita mitos dalam bentuk tradisi lisan rakyat menerangkan asal usul kejadian atau peristiwa penting seperti penempatan, binatang, alam dan manusia. Masyarakat dahulu kala telah menjadikan cerita mitos sebagai salah satu cara bagi mengenang sejarah tradisi kebudayaan mereka. Hal ini adalah kerana cerita mitos rakyat dipercayai benar-benar pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Oleh itu kajian ini memfokuskan kepada cerita mitos yang terdapat di sebuah kampung pedalaman iaitu Kampung Sungai Durian, Selising yang terkenal dengan keindahan dan kesegaran fauna dan flora serta kedinginan air terjun iaitu Jeram Mak Nenek atau dikenali juga sebagai Jeram Mengaji. Ia terletak di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Cerita-cerita mitos yang menarik di sebalik asal usul nama jeram ini boleh menjelaskan identiti kepercayaan tradisi dan kisah budaya masyarakat setempat. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah kajian lapangan di samping kajian perpustakaan. Kajian menggunakan dua teori iaitu teori mitos dan teori foklor untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur dan nilai mitos Jeram Mak Nenek. Hasil kajian mendapati terdapat sekurang-kurangnya dua versi cerita rakyat masyarakat setempat mengenainya iaitu versi kisah seorang wanita tua dipanggil Mak Nenek dan versi suara misteri orang mengaji. Dengan hasil kajian ini, penceritaan tradisi lisan mengenai jeram ini tidak lagi sekadar ingatan yang hampir luput dalam generasi mendatang bahkan sudah boleh dirujuk sebagai bahan ilmiah yang boleh dilanjutkan kajian mengenainya pada masa hadapan.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.