DIMENSI PERSONALITI WIRA DALAM KUMPULAN CERITA AWANG BATIL
Abstract
Kajian ini meneliti dimensi personaliti watak wira dalam tiga buah cerita Awang Batil, iaitu Awang Ada Duit Semua Jadi, Awang Akar Larak, dan Awang Betui, menggunakan kerangka Teori Big Five Personality (McCrae & Costa, 1997). Tujuan kajian adalah untuk menjelaskan pola naratif dan ciri personaliti wira serta meneliti makna psikologi yang mendasari perjalanan mereka melalui lima dimensi utama personaliti: keterbukaan (openness), kesungguhan (conscientiousness), ekstroversi (extraversion), kesetujuan (agreeableness) dan neurotisme (neuroticism). Data diperoleh melalui analisis teks terhadap cerita-cerita Awang Batil yang dikumpulkan melalui kerja lapangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa watak wira menampilkan variasi personaliti yang kompleks, misalnya, wira menghadapi tekanan hidup menunjukkan neurotisme yang tinggi, manakala wira yang mudah mempercayai orang lain menonjolkan agreeableness dan wira yang tegas dalam mempertahankan prinsip menunjukkan conscientiousness yang tinggi. Kajian ini merumuskan bahawa kumpulan cerita Awang Batil bukan sahaja berperanan sebagai hiburan dan satira tetapi juga menjadi wahana untuk memahami dimensi personaliti manusia. Analisis melalui kerangka teori Big Five Personality membolehkan sifat-sifat wira dalam sastera rakyat difahami sebagai refleksi keragaman tingkah laku dan keperibadian yang wujud dalam kehidupan manusia sejagat. Rumusannya, kajian ini menegaskan kerelevanan penerapan Teori Big Five dalam menyingkap dimensi psikologi wira Awang Batil, sekali gus memperluaskan tafsiran teks tradisi Melayu, mengukuhkan bidang psikologi sastera serta menyumbang kepada usaha pemeliharaan dan penghidupan semula warisan budaya dalam konteks kontemporari. psikologi personaliti watak, memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap nilai moral, emosi dan dinamika sosial dalam naratif lisan Melayu.
Kata kunci: Awang Batil; Big Five Personality; cerita rakyat; watak wira; analisis teks.
Kata kunci: Awang Batil; Big Five Personality; cerita rakyat; watak wira; analisis teks.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.