HAK ASASI MANUSIA DALAM PEPATAH MINANG YANG TERPILIH
Abstract
Wacana hak asasi manusia dianggap fenomena baharu di Malaysia. Malahan sesetengah pandangan ekstrem menganggap hak asasi manusia sebagai sesuatu yang berasal dari Barat dan tidak ada kena mengena dengan Islam ataupun nilai ketimuran. Alasan relativisme budaya dijadikan dalih untuk melaksanakan hak asasi manusia. Antara usaha yang dilakukan untuk menolak kerangka hak asasi manusia adalah dengan mengetengahkan wacana hak asasi manusia Islam. Makalah ini berhasrat untuk memberi jalan tengah kepada kontroversi demi kontroversi yang melanda wacana hak asasi manusia, iaitu dengan menggali kebijaksanaan lokal. Untuk tujuan itu, sebagai satu kerangka operasi, kesepaduan Dialog Peradaban saranan George F. Mclean dan kaedah Penyaringan Peribahasa oleh Syed Hussein Alatas digunakan untuk menghubungkan wacana hak asasi manusia Barat dengan pepatah Minang. Penemuan mendapati terdapat banyak pepatah Minang yang membincangkan perkara-perkara hak asasi manusia seperti yang terkandung dalam Universal Declaration of Human Rights 1948. Ini membuktikan orang Melayu memiliki idea, wacana dan juga pandangan mengenai hak asasi manusia seperti yang telah dikemukakan oleh Barat.
Kata kunci: hak asasi manusia; adat Minang; relativisme budaya; peribahasa; Universal Declaration of Human Rights 1948
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.