TRANSLANGUAGING DAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU STANDARD: TINJAUAN EKOLOGI LINGUISTIK PELAJAR UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
Abstract
Translanguaging kini diiktiraf sebagai strategi pedagogi yang mencerminkan amalan sebenar penutur dwibahasa dan multibahasa. Di Brunei Darussalam, dasar dwibahasa SPN21 memperkenalkan Bahasa Melayu Standard (BMS) dan Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa pengantar utama, tetapi dominasi BI dan penggunaan meluas dialek Melayu Brunei (DMB) menimbulkan kebimbangan terhadap penguasaan BMS di pendidikan tinggi. Kajian kuantitatif ini melibatkan 36 pelajar prasiswazah kursus LB-1406 Bahasa Melayu Standard dan LB-2405 Kemahiran Komunikasi Strategik di Pusat Bahasa (PB), Universiti Brunei Darussalam, dengan data dikumpul melalui soal selidik mengenai pilihan bahasa, corak penggunaan, dan sikap pelajar terhadap translanguaging. Analisis deskriptif menunjukkan pelajar lebih cenderung menggunakan BI dan DMB, manakala BMS kurang digunakan. Translanguaging didapati meningkatkan kefahaman dan penguasaan kosa kata, namun juga menimbulkan gangguan tatabahasa dan mengurangkan pendedahan kepada BMS. Berdasarkan kerangka ekologi linguistik (Haugen, 1972; Hornberger, 2002), kajian menegaskan translanguaging sebagai strategi pedagogi yang menyokong penglibatan akademik, sambil menekankan keperluan tindakan proaktif untuk memperkukuh BMS sebagai bahasa ilmu, identiti budaya, dan alat perpaduan nasional, termasuk penyelarasan strategi pengajaran dan penyediaan peluang berstruktur bagi penggunaan BMS secara konsisten. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pengajaran dwibahasa dengan menekankan keseimbangan antara kefahaman konsep melalui translanguaging dan pengukuhan bahasa rasmi.
Kata kunci: translanguaging; dwibahasa; bahasa Melayu standard; ekologi linguistik; pendidikan tinggi.
Kata kunci: translanguaging; dwibahasa; bahasa Melayu standard; ekologi linguistik; pendidikan tinggi.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.