ANALISIS TINDAK TUTUR UCAPAN KONVOKESYEN NAIB CANSELOR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ALIEYSA HARUN, ZURAINI RAMLI

Abstract


Ucapan konvokesyen bukan sekadar acara akademik berprotokol tetapi kini menjadi wacana berpengaruh yang membentuk imej institusi, mencetus emosi kolektif, dan berfungsi sebagai komunikasi kepemimpinan. Kajian ini meneliti lakuan bahasa dalam ucapan Naib Canselor UPSI secara kritis untuk memahami kaedah strategi ilokusi membentuk penglibatan emosi, persepsi dan pemaknaan audiens dalam wacana rasmi institusi. Jurang penyelidikan wacana konvokesyen yang masih kurang dikaji walaupun mendapat perhatian luas di media sosial menjadi pemangkin kajian ini. Tiga teks ucapan dipilih melalui pensampelan mudah, iaitu mewakili konteks majlis, kehadiran tetamu kehormat dan tujuan retorik yang berbeza. Data dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis kandungan berasaskan kerangka Bach dan Harnish (1979), disusuli analisis tematik terhadap respons audiens bagi mengenal pasti unsur emosi serta konteks penerimaan ucapan. Dapatan menunjukkan variasi penggunaan lakuan arahan, pengumuman, pengakuan dan perjanjian yang berubah mengikut keperluan komunikasi majlis. Selain itu, reaksi audiens memperlihatkan emosi sebak, bangga, terharu, nostalgia dan penghargaan terhadap estetika bahasa serta kepimpinan penutur. Kajian ini memberi sumbangan secara signifikan kepada bidang pragmatik dengan memperjelas peranan lakuan bahasa sebagai instrumen kepemimpinan, wahana pembinaan hubungan sosial, serta mekanisme pembentukan emosi dalam ucapan rasmi pendidikan tinggi. Implikasi kajian dilihat dari segi membuka ruang penyelidikan baharu tentang wacana akademik sebagai pembina identiti institusi.

Kata kunci: komunikasi formal; lakuan bahasa; majlis konvokesyen; Teori Bach dan Harnish; Ucapan Naib Canselor UPSI

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.