KETIDAKSANTUNAN BERBAHASA DALAM WACANA DIGITAL
Abstract
Kajian ini membincangkan fenomena bahasa tidak santun dalam wacana digital, khususnya berkaitan pengkategorian dan strategi ketidaksantunan berbahasa yang digunakan oleh netizen dalam platform media sosial Facebook. Ketidaksantunan berbahasa melibatkan komen yang mengandungi elemen kasar dan kesat seperti penggunaan haiwan, anggota badan dan makian Dua isu yang melibatkan kontroversi berkaitan agama, bangsa dan institusi diraja (3R) dan politik dijadikan fokus data. Untuk proses mendapatkan data, teknik digital Pengikisan Web (Web Scrapping) telah digunakan. Pengkategorian bahasa tidak santun adalah berdasarkan pengkategorian bahasa larangan penerbitan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (2018) sebagai Rujukan Industri Kandungan Penyiaran. Manakala analisis strategi ketidaksantunan berbahasa adalah berdasarkan Teori Ketidaksantunan Culpeper (1996). Analisis yang dilakukan terhadap wacana digital menunjukkan tujuh kategori ketidaksantunan berbahasa digunakan iaitu gelaran tidak santun kepada individu; gelaran tidak santun kepada institusi dan organisasi; menyamakan manusia dengan haiwan atau makhluk yang tidak baik; anggota badan dan hasil daripada badan manusia; sifat dan kelakuan manusia; menyamakan manusia dengan benda dan objek; dan keagamaan dan perkauman. Strategi ketidaksantunan berbahasa pula hanya melibatkan empat kategori iaitu ketidaksantunan secara langsung; ketidaksantunan positif; ketidaksantunan negatif dan sarkasme atau berpura-pura santun. Kajian ini menunjukkan bahawa bahasa tidak santun bukan sahaja berfungsi sebagai alat ekspresi emosi, tetapi juga sebagai mekanisme pembentukan solidariti kumpulan dan penegasan kuasa dalam ruang maya.
Kata kunci: bahasa larangan; ketidaksantunan; media sosial; strategi ketidaksantunan; wacana digital
Kata kunci: bahasa larangan; ketidaksantunan; media sosial; strategi ketidaksantunan; wacana digital
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.