TEORI- RASA FENOMENOLOGI DALAM NOVEL NENEK

MUHAMMAD KHALIL KHIRRUDDIN, MAS RYNNA WATI AHMAD

Abstract


Estetika rasa merupakan satu bentuk keindahan dalam penulisan karya sastera secara umumnya. Estetika ini diselitkan bertujuan untuk mendalami dan merangsang minda pembaca terhadap rasa yang diketengahkan oleh pengarang. Proses ini melibatkan transformasi emosi tetap kepada emosi estetik dengan bantuan objek estetik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisa rasa yang terdapat di dalam novel Nenek karya Razali Endun terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia pada tahun 2014, dan pada tahun yang sama, novel ini telah diangkat sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Kajian ini berbentuk deskriptif dan bersifat kualitatif bagi mengenal pasti rasa yang terkandung di dalam novel. Untuk tujuan kajian, kerangka teori yang dipilih adalah berdasarkan Teori Rasa-Fenomenologi yang didapati mampu memberikan penekanan kepada novel yang ingin difokuskan. Novel Nenek memaparkan pemikiran dan falsafah yang berkait dengan dunia realiti. Nenek memaparkan isu politik, kemelut kemerosoton sahsiah individu yang berpolitik dan penindasan kepada golongan yang tidak mempunyai kuasa. Dalam kajian ini, teori Rasa-Fenomenologi yang diasaskan oleh Sohaimi Abdul Aziz (1998) akan dijadikan sebagai instrumen utama dalam menjalankan kajian ini secara rinci. Pemilihan dan penganalisan data dibuat berdasarkan tiga rasa daripada tujuh rasa yang diketengahkan oleh Sohaimi Abdul Aziz iaitu rasa benci, rasa duka dan rasa berang akan menjadi tumpuan kajian. Perbincangan hasil dapatan kajian mengetengahkan rasa benci, duka dan berang melalui beberapa watak, antaranya Mak Som, Mahfus, Halimah dan orang kampung dalam penceritaan bertemakan politk yang ditampilkan oleh Razali Endun.

Kata Kunci: novel politik; Rasa-fenomenologi; rasa benci; rasa duka; rasa berang.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.