PEMULIHARAAN SUGANDOI DALAM RITUAL PEMUJAAN SEMANGAT PADI MASYARAKAT KADAZANDUSUN DI SABAH
Abstract
Kajian ini membincangkan mengenai cabaran dalam melestarikan sugandoi dalam ritual pemujaan semangat padi masyarakat Kadazandusun di Sabah. Sugandoi merupakan elemen seni tradisional masyarakat Kadazandusun di Sabah yang dikaitkan dengan bacaan Rinait (Mantera) yang menjadi komponen integral dalam ritual pemujaan semangat padi (Bambarayon). Sugandoi akan didendangkan oleh Bobohizan atau Bobolian (bomoh masyarakat Kadazandusun) dalam bentuk bait-bait mantera semasa upacara ‘Moginakan’. Rasionalnya, upacara ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang diberikan oleh sang pencipta (Kinoingan). Objektif kajian ini untuk pemuliharaan sugandoi dalam ritual pemujaan semangat padi. Bagi mencapai objektif kajian, konsep pemuliharaan dijadikan panduan. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat etnografi. Kaedah kajian lapangan dijalankan dengan menggunakan teknik pemerhatian dan penyertaan untuk mendapatkan data-data yang bersesuaian. Bagi menyokong data primer yang telah diperolehi, kajian literatur turut dijalankan bagi menghasilkan data bersifat sekunder seperti buku, jurnal, Google Scholar dan Researchgate. Data primer dan sekunder akan disaring menggunakan teknik analisis tematik. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa sugandoi semakin dilupakan terutama generasi masa kini. Hal ini membuktikan tradisi lisan ini harus dipulihara sebagai kearifan tempatan masyarakat Kadazandusun yang bernilai dalam memberi keseimbangan antara kehidupan manusia dengan alam dan dunia spiritual. Sumbangan kajian ini penting sebagai pengetahuan baharu kepada generasi muda dan seterusnya dalam mempertahankan seni warisan masyarakat ini.
Kata Kunci: Bobohizan; Kadazandusun; pemujaan; ritual; Sugandoi;
Kata Kunci: Bobohizan; Kadazandusun; pemujaan; ritual; Sugandoi;
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.