PEMILIHAN BAHASA MASYARAKAT KAHWIN CAMPUR ANTARA ETNIK JAWA DAN BUGIS DI JOHOR
Abstract
Setiap individu mempunyai identiti kaum yang tersendiri dan bahasa merupakan aspek utama yang dilihat untuk mencerminkan identiti diri. Dalam masyarakat multilingual yang mempunyai perkahwinan campur (KC) pilihan bahasa dilihat mempunyai kepelbagaian dan keunikan. Sehubungan itu, kajian ini memfokuskan penelitian terhadap pemilihan bahasa (PB) dalam kalangan masyarakat KC antara etnik Jawa dan Bugis di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini mengenal pasti PB menerusi kerangka domain Fishman (1972) dalam kalangan masyarakat KC bagi etnik Jawa dan Bugis di Kota Tinggi, Johor. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif terhadap 50 orang masyarakat yang berkahwin campur atau berketurunan KC. Analisis data kajian mendapati bahawa masyarakat ini lebih selesa menggunakan bahasa Jawa dan Bugis mengikut situasi dan keadaan masyarakat sekeliling. Kajian juga menunjukkan bahawa walaupun bahasa Jawa dan bahasa Bugis masih digunakan di Kota Tinggi, namun generasi muda yang berumur bawah 18 tahun didapati sudah tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan bahasa tersebut kerana menganggapnya tidak relevan dan tidak mempunyai nilai ekonomi ekoran pengaruh dan kesan komunikasi moden kini. Hasil dapatan secara tidak langsung menunjukkan bahawa PB individu amat dipengaruhi oleh keadaan sekeliling mengikut domain yang diteliti, iaitu Melayu Johor-Riau (MJR) kerap dalam domain kekeluargaan (DKga), persahabatan dan kejiranan serta keagamaan. Manakala bahasa Melayu Standard (BMS) pula kerap digunakan dalam domain pekerjaan dan pendidikan. Justeru, kajian ini memperlihatkan peralihan bahasa dalam masyarakat KC etnik Jawa dan Bugis yang tidak lagi memilih bahasa asal mereka sebagai bahasa interaksi utama khususnya generasi muda.
Kata kunci: Bugis; domain Fishman; Jawa; kahwin campur; pemilihan bahasa.
Kata kunci: Bugis; domain Fishman; Jawa; kahwin campur; pemilihan bahasa.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.