Analisis Kadar Pulangan Pendidikan di Malaysia

RAHMAH ISMAIL

Abstract


Kertas kerja ini menganalisis dan membandingkan kadar pulangan pendidikan mengikut peringkat pencapaian pendidikan sekolah rendah, menengah dan tertiary, serta mengikut beberapa kursus terpilih peringkat ijazah di Institusi Pengajian Awam Tempatan (IPTA). Tujuan analisis ini dibuat adalah untuk meninjau sejauh mana pelaburan dalam sektor pendidikan mampu meningkatkan ‘modal manusia’, berdasarkan pulangan sosial dan persendirian yang diterima. Kajian ini mengguna pakai 2 kaedah pengiraan utama, iaitu kaedah Terperinci dan kaedah Purata. Pengiraan kos pembiayaan pendidikan juga diperjelaskan untuk mendapat pemahaman menyeluruh berkaitan aspek terbabit. Keputusan kajian ini juga penting bagi meningkatkan kefahaman kita mengenai kepentingan pelaburan dalam sektor pendidikan dan ia mampu mengupas situasi kadar pulangan pendidikan di Malaysia yang ditinjau dari pelbagai persepsi dan pada masa yang sama beberapa interpretasi dan cadangan berguna dapat diutarakan di akhir kajian bagi meningkatkan lagi tingkat kadar pulangan pendidikan pada masa akan datang.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Jurnal Pendidikan Malaysia | Malaysian Journal of Education
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823