Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran

AHMAD ZABIDI ABDUL RAZAK

Abstract


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan ciri iklim sekolah berkesan. Kajian ini dilihat daripada persepsi 97 orang guru daripada empat buah sekolah menengah agama di Selangor. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan data. Data ini dianalisis untuk mendapatkan taburan kekerapan dan min. Daripada analisis ini menunjukkan ciri sekolah agama menengah berkesan adalah: (1) pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan pekerjaan, (2) pengamalan sifat muraqabah, iaitu merasakan Allah sentiasa memerhati setiap tindakan yang dilakukan, (3) pengetua mengamalkan komunikasi terbuka dalam pergaulan dengan guru dan pelajar, (4) komitmen guru terhadap sekolah adalah tinggi, (5) guruguru bekerjasama untuk menyelesaikan masalah, (6) kawasan sekolah bersih, cantik, selamat dan cukup tempat ruang belajar, dan (7) sikap pelajar yang positif. Berdasarkan dapatan kajian, artikel ini membincangkan implikasinya terhadap motivasi pembelajaran di sekolah.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Jurnal Pendidikan Malaysia | Malaysian Journal of Education
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823