Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

SAEMAH RAHMAN

Abstract


Tinjauan literatur menunjukkan kepentingan faktor metakognisi dan juga faktor-faktor motivasi dalam proses pembelajaran pelajar. Bagaimanapun, belum banyak kajian dijalankan yang menyepadukan kedua-dua faktor tersebut di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk memeriksa hubungan antara kedua-dua faktor tersebut dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Sampel terdiri daripada 374 pelajar Tahun 2 daripada lima buah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik laporan kendiri untuk mengukur kesedaran metakognisi, faktor-faktor motivasi dan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan teori dan tinjauan kajian lepas, satu model hubungan antara pemboleh ubah kajian dibina dan diuji menggunakan teknik Model Persamaan Berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi mempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian akademik, manakala faktor motivasi, iaitu matlamat prestasi mempunyai hubungan langsung negatif yang signifikan ke atas pencapaian akademik. Dua lagi faktor motivasi, iaitu efikasi kendiri dan matlamat pembelajaran pula mempunyai hubungan tidak langsung dengan pencapaian akademik melalui kesedaran metakognisi. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menyediakan bukti yang menyokong hubungan antara kesedaran metakognisi dan faktor motivasi dengan pencapaian serta kepentingan metakognisi dan peranan motivasi sebagai mediator dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Hasil kajian ini mencadangkan kajian akan datang dan program intervensi yang bertujuan membantu meningkatkan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti mengambil kira kedua-dua faktor tersebut.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823