Usage of Graphing Calculator Ti-83 Plus: Motivation and Achievement

NORAINI IDRIS

Abstract


Dalam usaha ke arah pencapaian sebuah negara maju seperti yang termaktub dalam wawasan 2020, negara kita telah dan sedang mengalami banyak perubahan dalam proses pengajaran matematik. Aspek teknologi telah diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kesan penggunaan kalkulator grafik sebagai alat dalam mempertingkatkan pencapaian matematik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi-eksperimen dengan memberikan ujian pra dan pasca bagi mementukan kesan penggunaan kalkulator grafik dalam proses pembelajaran. Subjek untuk kajian ini ialah pelajar tingkatan empat di kelas yang sedia ada supaya tidak mengganggu rutin harian sekolah. Dalam kajian ini subjek dibahagi kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Pelajar dalam kumpulan eksperimen diajar meggunakan kalkulator grafik, manakala kumpulan kawalan hanya menggunakan latihan yang biasa. Kaedah kuantitatif dna kualitatif digunakan untuk mengumpul data. Bagi kaedah kuantitatif, ujian pradan pasca dalam pencapaian matematik, sikap terhadap matematik, dan soalan persepsi pelajar dalam menggunakan kalkulator grafik diberikan kepada subjek. Data kualitatif dipungut melalui pemerhatian dna temu duga. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik bagi kumpulan eksperimen berbanding kumpulan rawatan. Kebanyakan pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan kalkulator dalam pembelajaran mereka.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823