Hubungan Kemahiran Abad Ke-21 dengan Gaya Pembelajaran dalam Pembelajaran Bahasa Melayu (Relationship between 21st Century Skill and Learning Style in the Learning of Malay Language)

ZAMRI MAHAMOD, NUR ATIKA DAUD

Abstract


Penekanan terhadap tahap penguasaan setiap kemahiran abad ke-21 dapat mengubah gaya pembelajaran pelajar daripada konservatif kepada gaya pembelajaran yang lebih efektif. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kemahiran abad ke-21 dengan gaya pembelajaran pelajar serta sumbangan kemahiran abad ke-21 terhadap gaya pembelajaran pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu. Soal selidik telah diedar kepada 280 pelajar Tingkatan 4 daripada tujuh buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kuala Pilah yang telah dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan korelasi Pearson dan regresi linear mudah. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif lemah yang signifikan antara kemahiran abad ke-21 dengan gaya pembelajaran pelajar. Dapatan juga menunjukkan bahawa kemahiran abad ke-21 pelajar menyumbang sebanyak 44% terhadap gaya pembelajaran pelajar. Implikasinya, setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan kemahiran abad ke-21 dan gaya belajar dominan masing-masing. Guru perlu memahami dan mengetahui tahap kemahiran abad ke-21 dan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam usaha mereka untuk membantu pelajar mengukuhkan kedua aspek ini. Dengan ini, guru boleh menyediakan kaedah pengajaran yang bersesuaian supaya boleh meningkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran abad ke-21 pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar serta gaya pembelajaran mereka.

Kata kunci: Kemahiran abad ke-21; gaya pembelajaran; pembelajaran Bahasa Melayu; sekolah menengah; literasi era digital

 

Emphasis on the level of mastery of each 21st century skill can change student's learning style from conservative to more effective. This survey aims to identify the relationship between 21st century skills and student learning styles as well as the contribution of 21st century skills to student learning styles in Malay language learning. Questionnaires were distributed to 280 Form 4 randomly selected students from seven National Secondary Schools in Kuala Pilah District. Data were analyzed using Pearson correlation and simple linear regression. Findings show that there is a significant weak positive linear relationship between 21st century skills and students' learning styles. Findings also show that students' 21st century skills contribute as much as 44% to students' learning styles. The implication is that each student has a level of mastery of 21st century skills and their own dominant learning style. Teachers need to understand and know the level of 21st century skills and learning styles practiced by students in their efforts to help students strengthen these two aspects. With this, teachers can provide appropriate teaching methods so that they can further increase the level of mastery of students' 21st century skills in the Malay subjects being taught as well as their learning style.

Keywords: 21st Century Skills, students learning style, Malay Language learning; secondary school; digital era literacy


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2021-46.02-03

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823