Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Program Sekolah dalam Hospital (The Implementation of Teaching and Learning in the School in Hospital Program)

NORHIDANI BUYONG, NORASMAH OTHMAN

Abstract


Perkhidmatan pendidikan di hospital telah diamalkan di Malaysia melalui penubuhan program Sekolah Dalam Hospital (SDH). Objektif program adalah menyediakan perkhidmatan pendidikan tanpa batasan tempat dan keadaan, menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran kondusif bagi murid yang sedang menjalani rawatan di hospital. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam program SDH. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Proses persampelan rawak berkelompok dan rawak mengikut kadar telah digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang guru SDH Malaysia. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik. Hasil dapatan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan PdP program SDH secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Analisis statistik inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dan pelaksanaan PdP. Ini memberi kesimpulan guru SDH melaksanakan PdP di SDH dengan baik.  Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan supaya guru SDH dapat meneruskan pendekatan PdP yang berkesan dalam program SDH.

Kata kunci: pelaksanaan, pengajaran dan pembelajaran, SDH

 

Educational service in hospitals was started in Malaysia through the inception of the School in Hospital (SDH) program. The objective of the program is to deliver educational services beyond the constraints of location and environment, or more specifically, the provision of continuous formal and structured education in a conducive environment to students who are undergoing treatment at hospital. This research was done to identify the level of teaching and learning implementation in the SDH program. The study was done quantitatively using the review approach, utilizing random cluster sampling and proportionate random methods on a sample size of 80 SiH teachers in Malaysia. Data was collected using questionnaires and the findings were analysed using descriptive and inferential statistics. The findings show that the overall teaching and learning implementation level of SDH is at a high level. Inferential statistical analysis shows that there is a significant relationship between teachers’ teaching experience and the implementation of the teaching and learning process. It can be concluded that the teachers are able to implement teaching and learning in the SDH program well. The implication of the findings propose that the SDH teachers continue to deliver effective teaching and learning approaches.

Keywords: Implementation, teaching and learning, SDH


Keywords


Implementation, teaching and learning, SDH

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.01-02

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Jurnal Pendidikan Malaysia | Malaysian Journal of Education
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823