Keperluan Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu (The Need to Integrate Health Science in KSSM Form 1 Islamic Education)

MOHAMMAD SYUKOR MOHAMMAD GHULAM, TENGKU SARINA AINI TENGKU KASIM, FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

Abstract


Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan menyatukan ilmu sains kesihatan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan meneroka pendapat pelajar dan guru Pendidikan Islam sekolah menengah serta pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang keperluan pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) Tingkatan 1. Kajian kes Eksploratori ini menggunakan kaedah Persampelan Bertujuan yang melibatkan 5 orang pelajar tingkatan 2, 3 orang guru, serta seorang pegawai Bahagian Pendidikan Islam, KPM sebagai respondan kajian melalui kaedah temu bual semi-struktur. Kajian mendapati bahawa semua informan menerima cadangan pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam dengan berpendapat bahawa pengintegrasian Sains Kesihatan sebagai inovasi dalam Pendidikan Islam, bersifat kesepaduan ilmu, mampu menarik minat berlajar, menggalakkan berfikir aras tinggi, menghubungkaitkan ilmu Islam dengan urusan kehidupan harian, bersesuaian dengan psikologi pelajar serta sesuai dengan saranan KPM. Oleh itu, pendekatan ini diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam kerana merentas kurikulum selari dengan saranan KPM yang menyepadukan ilmu Islam dengan kehidupan harian. Implikasi kajian ini ialah guru Pendidikan Islam dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, bersesuaian dengan umur pelajar tingkatan 1 sebagai awal remaja, dapat meningkatkan tahap minat belajar dengan mengamalkan perkara yang dipelajari dengan betul. 

Kata Kunci: Pendidikan Islam; Pendekatan; Pengintegrasian; Sains Kesihatan

 

Integrating Health Sciences in Islamic Education is a teaching and learning approach by combining health science into Islamic Education subject. The aim of this study is to explore the opinions of secondary school students and Islamic Education teachers as well as officers from the Malaysian Ministry of Education (MOE) on the needs to Integrate Health Sciences in Form One KSSM (Secondary School Standard Curriculum) Islamic Education. This Exploratory case study employed Purposive Sampling method involving 5 Form 2 students, 3 Islamic Education teachers, and an officer of the Islamic Education Division, MOE as respondents through semi-structural interview. The study found that all informants support the proposal to integrate Health Sciences in Islamic Education with the opinions that the integration of Health Sciences is an innovation in Islamic Education, can attract learning, encouraging high-order thinking, correlate Islamic knowledge to daily life, appropriate with students’ psychology as well as in line with the recommendation of the MOE. Therefore, this approach is needed in the teaching and learning of Islamic Education as it crosses the curriculum, which is in line with the recommendation of the MOE, which integrates Islamic knowledge with daily life. The implications of the study are Islamic Education teachers can vary their teaching methods, encourage students to use high-order thinking skills, appropriate to the age of Form 1 students as early teenagers, and could increase students’ learning interest by practicing what is being learned correctly.

Key Words: Islamic Education; Approach; Integrating; Health Sciences


Keywords


Pendidikan Islam, pendekatan, pengintegrasian, sains kesihatan

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-01

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823