Hubungan Antara Amalan dan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (The Relationship between the Practice and Acquisition of Historical Thinking Skills)

M KAVIZA

Abstract


Kemahiran pemikiran sejarah dapat menjana pemikiran kritis melalui penilaian bukti sejarah dengan menghubungkaitkan satu peristiwa sejarah lampau dengan masa kini yang membolehkan murid mengaplikasikan pengajaran yang diperolehi dalam konteks kehidupan mereka. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara amalan dan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya, iaitu: i) kemahiran memahami kronologi, ii) kemahiran meneroka bukti, iii) kemahiran membuat interpretasi, iv) kemahiran membuat imaginasi, dan v) kemahiran membuat rasionalisasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Kajian ini berbentuk tinjauan korelasi yang melibatkan 865 murid Tingkatan Dua daripada 30 sekolah menengah di sebuah negeri utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui persampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik dan ujian penguasaan kemahiran pemikiran sejarah. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara amalan dan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah. Dari segi konstruknya, terdapat hubungan signifikan yang tinggi amalan dan penguasaan kemahiran membuat interpretasi. Manakala, terdapat hubungan signifikan sederhana tinggi amalan dan penguasaan kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran membuat imaginasi dan kemahiran membuat rasionalisasi. Kajian ini mencadangkan bahawa amalan dan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya perlu dipertingkatkan dengan lebih menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.

Kata Kunci: amalan dan penguasaan, kemahiran pemikiran sejarah, korelasi


Historical thinking skills can generate critical thinking through the assessment of historical evidences by relating past and curent historical events that enable students to apply what they learnt in their living context. This study aims to determine the relationship between historical thinking skills practice and acquisition, which consist of five constructs, which are: i) chronology understanding skills, ii) exploration of evidences skills, iii) interpretation skills, iv) imagination skills, and v) rationalizing skills in the teaching and learning process. This study is a correlational survey involving 865 Form Two students from 30 secondary schools in a state of north Peninsular Malaysia using simple random sampling. A historical thinking skills questionaire and an achievement test are used as the research instrument. Findings indicate that there is a significant relationship between practice and acquisition of historical thinking skills. In terms of the constructs, there is a higher significant relationship between practice and acquisition of interpretation skills. Whereas there are medium high significant relationships between practice and acquisition of chronology understanding skills, exploration of evidences skills, imagination skills and rationalizing skills. This study suggested that practice and acquisition of historical thinking skills have to be implemented comprehensively in the process of teaching and learning history.

Key Words: Historical thinking skills, practice and acquisition, correlation study


Keywords


amalan dan penguasaan, kemahiran pemikiran sejarah, korelasi

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-04

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Jurnal Pendidikan Malaysia | Malaysian Journal of Education
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823