Modul Membaca Awal Prasekolah Menggunakan Nyanyian Berasaskan Teori Psikolinguistik Kognitif dan Aplikasi Kaedah Belajar melalui Bermain (Preschool Early Reading Module Using Songs Based on Cognitive Psycholinguistic Theory and Application of Learning through Play Method)

HANIFAH SABIN, VINCENT PANG, MUHAMMAD IDRIS BULLARE@BAHARI

Abstract


Kemahiran membaca merupakan asas kepada pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu. Kemahiran ini penting diperoleh sejak di peringkat pendidikan awal kanak-kanak lagi. Justeru, kajian ini adalah untuk membangunkan Modul Riang Ria Membaca (MRRM) iaitu modul pengajaran membaca awal bagi kanak-kanak prasekolah di pedalaman Sabah menggunakan nyanyian. Pembangunan MRRM dilandasi oleh tiga teori iaitu Teori Psikolinguistik kognitif, Teori Perkembangan kognitif Lev Vygotsky dan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Metodologi kajian yang digunakan ialah kuantitatif deskriptif untuk mengenal pasti masalah, keperluan serta ciri-ciri modul yang dibangunkan. Maklumat dikumpulkan melalui pembacaan kepustakaan termasuklah membuat rujukan dari buku, tesis, artikel jurnal, laporan dan polisi untuk menentukan kandungan modul. Urutan isi kandungan modul pula diolah berasaskan analisis Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget pada peringkat praoperasi serta berpandukan pada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPM 2017). Pembangunan MRRM menggunakan Model ADDIE. Hasil kajian ialah prototaip 1 MRRM yang terdiri daripada 20 aktiviti, dibangunkan berdasarkan empat sub-modul. Pemilihan lagu bagi 20 aktiviti adalah menggunakan pendekatan Kodaly, yakni penggunaan melodi lagu rakyat. Pembangunan MRRM memberi sumbangan alternatif kaedah dan sumber pengajaran membaca yang menyeronokkan sesuai dengan dasar kerajaan yang menitikberatkan konsep hibur didik. Akhirnya, cadangan kajian lanjutan ialah menganalisis kesahan dan kebolehpercayaan prototaip1 MRRM.

Kata kunci: Modul membaca prasekolah, nyanyian, Teori Psikolinguistik, Model ADDIE dan Morisson II, belajar melalui bermain

 

Reading skills are the basis of self-development towards acquiring knowledge. This skill is important since early childhood education. Hence, this study aimed to develop the Modul Riang Ria Membaca (MRRM) which is an early reading module for preschool children in the interior of Sabah using songs. The development of MRRM is based on three theories, namely Cognitive Psycholinguistic Theory, Lev Vygotsky's Cognitive Development Theory and Jean Piaget's Cognitive Development Theory. The methodology of the study was descriptive quantitative to identify the problems, requirements and charateristics of the modules developed. Information gathered through review of literature includes making references from books, theses, journal articles, reports and policies to determine the contents of the module. The sequence of module content is processed based on an analysis of Jean Piaget's Cognitive Developmental Theory at the preoperative level and is guided by the National Preschool Standard Curriculum (KPM, 2017). The MRRM development used the ADDIE Model. The product of this study was the prototype 1 MRRM consisting of 20 activities, developed based on four submodules. The selection of songs for 20 activities uses the Kodaly approach, which is the use of melodic folk songs. MRRM's development contributes an exciting alternative to teaching and learning resources based on government policies that emphasize the concept of fun-learning. Finally, this study suggested that further studies to be done to analyze the validity and reliability of the MRRM prototype1.

Keywords: Preschool reading module, singing, Psycolinguistic Theory, ADDIE Model and Morrisson II Model, learning through play


Keywords


Modul membaca prasekolah, nyanyian, Teori Psikolinguistik, Model ADDIE dan Morisson II, belajar melalui bermain

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-06

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Jurnal Pendidikan Malaysia | Malaysian Journal of Education
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823