Jurang Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) antara Sekolah Bandar dan Luar Bandar (Information Communication and Technology (ICT) Usage Gaps between Urban and Rural Schools)

KUMAR RAMAN, NORASMAH OTHMAN, HARYANTI MOHD AFFANDI

Abstract


Kerajaan telah menyusun pelbagai strategik dan melabur wang yang banyak dalam usaha membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan sekolah bandar dan luar bandar. Namun begitu, kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa penggunaan TMK dalam kalangan guru masih sederhana dan kurang memberi perhatian dalam aspek lokasi sekolah. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam menggunakan TMK berdasarkan lokasi sekolah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Responden kajian ini adalah seramai 1440 orang guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) bandar dan luar bandar. Penyelidik menggunakan analisis statistik inferensi (MANOVA) untuk analisis data yang dikumpul. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan dan kemahiran guru dalam menggunakan TMK berdasarkan lokasi sekolah. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru dalam menggunakan TMK berdasarkan lokasi sekolah. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini boleh membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan aspek pengetahuan dan kemahiran guru dalam menggunakan TMK di peringkat sekolah.

Key Words: Penggunaan TMK, sekolah bandar, sekolah luar bandar, Program Frog VLE

 

Government had drawn up various strategies and invested a big sum of money in enculturing Information and Communication Technology (ICT) usage among urban and rural schools. However, previous studies had shown that ICT usage among teachers were moderate and focused less on school’s locations.  Therefore, the purpose of this study is to identify whether there is a significant difference in the aspect of knowledge, skills and attitude among teachers in using ICT based on the location of schools. This study is a cross-sectional survey and used questionnaires as the main instrument. Respondents consist of 1440 teachers from urban and rural national secondary schools (SMK). Inferential statistical analysis (MANOVA) was used to analyse the data collected. The findings of this study show that there is a significant difference in knowledge and skills of teachers in using ICT based on the locations of school. On the other hand, there is no significant difference in the attitude of teachers in using ICT among urban and rural SMK. The findings of this study can be used to assist the Malaysian Ministry of Education (MOE) in improving teacher’s knowledge and skills in using ICT at school level.     

Key Words: ICT usage, urban school, rural school, Frog VLE Program


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01SI-09

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823