Persepsi Guru Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Pemakaian Alat Bantuan Pendengaran Dalam Meningkatkan Pembelajaran Murid (Teachers’ Perception towards Factors that affect the Usage of Hearing Aids in Enhancing Children’s Learning)
Abstract
Pemakaian Alat Bantu Pendengaran (ABP) yang berkesan bukan sahaja untuk mendengar tetapi penting untuk
membantu pembelajaran murid bermasalah pendengaran. Kajian ini fokus kepada perkara yang mempengaruhi
pemakaian ABP dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pendengaran. Seramai enam orang
guru daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) di Zon
Selatan telah ditemu bual. Data dianalisis secara tematik menggunakan teknik open coding dengan bantuan aplikasi
NVivo 14. Tiga faktor utama dikenalpasti oleh guru yang mempengaruhi pemakaian ABP oleh MBPK iaitu persekitaran
akustik bilik darjah, tahap pengetahuan guru serta kekerapan penyelenggaraan ABP. Persekitaran akustik yang tidak
mesra bunyi di sekolah menyebabkan pemakaian ABP yang kurang berkesan. Guru di aliran perdana dan guru
Pendidikan Khas perlu diperkasa dengan ilmu tentang penyelenggaraan ABP serta strategi pertuturan bagi memenuhi
keperluan peningkatan MBPK Pendengaran yang memakai alat pendengaran. Pemakaian ABP yang berkesan akan
meningkatkan pembelajaran MBPK Pendengaran bagi memastikan pendidikan yang diperoleh adalah inklusif dan
berjaya.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License