Cabaran Yang Dihadapi Pihak Pengurusan Tadika Swasta Dalam Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (Challenges Faced by Private Kindergarten Management in Implementing Inclusive Education Programs)

FAZILAT NURUL SAWAL HAMID, HASNAH TORAN

Abstract


Pendidikan inklusif merupakan langkah bagi membantu kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas (MBPK) mendapat pendidikan bersama-sama kanak-kanak tipikal dalam persekitaran yang sebenar. Peningkatan MBPK di Malaysia membuka ruang kepada pihak tadika swasta menawarkan program pendidikan inklusif di institusi mereka. Namun, didapati amalan pendidikan inklusif di tadika swasta tidak mendapat sambutan dan ini boleh memberi mudarat kepada MBPK kerana kurang pengetahuan dalam mengendali MBPK. Kajian ini mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam mengamalkan pendidikan inklusif. Kajian berbentuk kajian kes melibatkan tiga (3) institusi swasta dan empat (4) orang barisan pengurusan. Temubual dan rakaman suara dan gambar telah direkod. Terdapat tiga cabaran utama yang dihadapi: pengetahuan dan kelayakan guru, kewangan dan prasarana dan kolaborasi dengan ibubapa. Pihak berwajib perlu menyebar dan memberi lebih pendedahan mengenai cara mengendali MBPK agar dapat mengamalkan pendidikan inklusif dengan lebih berkesan.

Keywords


kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas (MBPK); tadika swasta; pihak pengurusan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823