Pengetahuan Guru Prasekolah Pendidikan Khas Dalam Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (Knowledge of Special Education Preschool Teachers in the Implementation of Individual Education Plans)

NOR AMILIA AMERUDIN, HASNAH TORAN

Abstract


Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang dirancang khusus untuk seseorang murid bekeperluan Pendidikan khas (MBPK). Oleh itu, pelaksanaan RPI adalah penting demi memastikan keperluan MBPK menerima pendidikan yang bersesuaian dengan keperluannya. Namun, kajian berkaitan RPI di prasekolah Pendidikan khas adalah sangat terhad. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan RPI di prasekolah pendidikan khas oleh guru prasekolah Pendidikan khas. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Peserta kajian melibatkan lima orang guru prasekolah pendidikan khas di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Temu bual separa struktur telah digunakan sebagai kaedah pungutan data utama dan disokong dengan analisis dokumen. Kaedah analisis tematik telah digunapakai dengan bantuan perisian Nvivo versi 12. Hasil kajian mendapati kelima-lima guru prasekolah pendidikan khas mempunyai pengetahuan yang agak terhad mengenai RPI. Peserta kajian juga bersetuju bahawa latihan dalam perkhidmatan adalah diperlukan untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam pelaksanaan RPI Pendidikan khas. Cabaran utama mereka dalam pelaksanaan RPI adalah format RPI yang berbeza dan murid kurang upaya pelbagai. Justeru, guru harus diberi latihan secara berterusan dan bantuan sokongan secara berterusan dalam menyediakan RPI yang dapat membantu meningkatkan potensi MBPK prasekolah terutamanya dalam pengurusan diri dan akademik.

Keywords


Rancangan Pendidikan Individu; Guru prasekolah pendidikan khas; Murid berkeperluan pendidikan khas; Prasekolah pendidikan khas

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823