Meneroka Amalan Pelaksanaan Pengajaran Guru Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Di Prasekolah Sarawak, Malaysia (Exploring Teachers’ Practices in Implementing English Language Teaching in Sarawak Preschools, Malaysia)

Mohamad Iskanda Mohamad Muar, Suziyani Mohamed, Kamariah Abu Bakar

Abstract


Isu pengajaran bahasa Inggeris dalam kalangan guru prasekolah, tanpa mempertimbangkan secara mencukupi pendekatan alternatif yang telah mereka laksanakan, memerlukan penyelidikan eksploratori terhadap amalan pengajaran mereka. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes tunggal menggunakan pensampelan bertujuan dengan melibatkan 12 orang guru prasekolah akan meneroka amalan pelaksanaan pengajaran dan rasionalnya dalam pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah Sarawak. Data kajian diperolehi melalui temu bual mendalam, pemerhatian kelas dan pemerhatian dokumen yang dibuat di 12 buah prasekolah yang mewakili bahagian selatan, tengah dan utara negeri Sarawak. Data dianalisis menggunakan perisian NVIVO 12 dan ini membawa kepada penemuan dua tema utama yang menjawab kepada objektif meneroka amalan pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris di prasekolah Sarawak iaitu; (1) pelaksanaan kaedah pengajaran bahasa Inggeris dan (2) pelaksanaan strategi pembelajaran bahasa Inggeris. Untuk menjamin kualiti serta ketepatan dapatan, kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan ulasan rakan sekerja, semakan peserta kajian, jejak audit serta triangulasi antara kaedah. Implikasi daripada kajian ini memberi pembelajaran serta rujukan penting kepada agensi-agensi bertanggungjawab dalam mengenal pasti dan memahami situasi yang sebenarnya berlaku, kepercayaan guru dalam amalan pelaksanaan pengajarannya.

Keywords


Kepercayaan; Amalan pengajaran; Pengajaran bahasa Inggeris; Guru prasekolah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823