Tahap Pengetahuan, Sikap dan Norma Subjektif terhadap Kesan Budaya Penolakan dalam Perniagaan

Nur Shafira Hawa Nizzam, Sheerad Sahid

Abstract


Fenomena budaya penolakan dalam kalangan rakyat malaysia adalah agak membimbangkan dan memerlukan satu kekuatan besar untuk menerima kesannya terutama dalam kalangan pelajar pengajian tinggi. Situasi ini menunjukkan bahawa budaya penolakan atau cancel culture perlu menjadi satu topik yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar, agar dapat mencerminkan integrasi yang mendalam dalam pemikiran dan tindakan seharian mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap sikap pelajar terhadap budaya penolakan berdasarkan faktor jantina pelajar. Seramai 417 orang pelajar institusi pengajian tinggi telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data daripada responden. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan juga ujian perbandingan min atau T-Test. Ujian analisis deskriptif dijalankan dengan mengambil kira nilai skor min yang terlibat. Perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 25 digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data. Hasil kajian ini mendapati tahap pengetahuan, sikap dan norma subjektif budaya penolakan terhadap pelajar berada di tahap sangat tinggi. Seterusnya, kesemua hipotesis nol yang diuji dalam kajian ini adalah gagal ditolak, bermakna tiada perbezaan tahap pengetahuan, sikap, dan norma subjektif terhadap budaya penolakan berdasarkan jantina. Dapatan daripada kajian diharapkan dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kesan sosial dan etika budaya penolakan dalam perniagaan

Keywords


Pengetahuan, sikap, norma subjektif, budaya penolakan dalam perniagaan, pelajar institusi pengajian tinggi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823