Penerapan Kemahiran Empati Sejarah Sekolah Rendah

ANITA DILAM ANAK JALAN

Abstract


Kemahiran empati sejarah merupakan elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang perlu dikuasai oleh semua
murid termasuklah di sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian ini mengkaji penerapan kemahiran empati sejarah dalam
PdP Sejarah sekolah rendah di Sarawak. Penerapan kemahiran empati sejarah ini dilihat melalui dua aspek iaitu tahap
kesediaan guru serta tahap kekerapan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah. Kajian
berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 113 orang guru sejarah sekolah rendah di
Sarawak sebagai responden. Responden kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Instrumen soal
selidik dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif (skor min dan sisihan piawai) menggunakan perisian SPSS 25.0.
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP
Sejarah sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (min = 4.07 dan S.P = 0.574). Begitu juga, tahap kekerapan guru
menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah berada di tahap yang tinggi (min = 4.21 dan
S.P = 0.553). Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara tahap kesediaan guru
menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP sejarah sekolah rendah berdasarkan gender serta tidak terdapat
perbezaan antara kekerapan guru menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP sejarah sekolah rendah
berdasarkan pengalaman mengajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru perlu memperkukuhkan kompetensi
diri terutamanya dari aspek pengetahuan pedagogi dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan yang baharu
dalam usaha menerapkan kemahiran empati sejarah dalam PdP Sejarah sekolah rendah.


Keywords


Penerapan; Empati sejarah; PdP Sejarah; Kesediaan; Kekerapan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823