Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemapanan Intervensi Obesiti Juara Sihat daripada Perspektif Kanak-kanak: Satu Kajian Kualitatif

Wilfred Kok Hoe Mok

Abstract


Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti kanak-kanak secara global telah meningkat secara mendadak dalam
beberapa tahun ini, termasuk di Malaysia. Intervensi obesiti yang dijalankan di sekolah penting untuk menggalakkan
gaya hidup sihat dan perubahan tingkah laku. Terdapat banyak intervensi yang telah dijalankan bagi menangani masalah
obesiti kanak-kanak; namun, kemapanan intervensi obesiti kanak-kanak sering kali diabaikan. Tujuan kajian ini adalah
untuk meneroka persepsi kanak-kanak tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi Juara Sihat di
sekolah rendah di Kuala Lumpur. Temu bual bersemuka mendalam dijalankan dengan 26 responden berumur 12 hingga
14 tahun yang dipilih melalui persampelan bertujuan daripada kanak-kanak yang terlibat di dalam program Juara Sihat
tersebut. Transkripsi data verbatim dilakukan dan analisis tema dijalankan. Kajian ini mendapati tema utama yang
dikenalpasti sebagai faktor penggalak adalah (1) sokongan keluarga, fasilitator, guru sekolah, dan kawan-kawan; (2)
amalan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat selepas intervensi; (3) kesedaran kendiri; (4) pengetahuan terhadap piramid
makanan dan pemakanan sihat; dan (5) persekitaran rumah, manakala faktor penghalang adalah (1) tidak konsisten
dalam pengetahuan; (2) keselamatan diri; (3) rakan sebaya; (4) sikap peribadi; dan (5) bosan terhadap program. Hasil
kajian menunjukkan faktor penggalak kemapanan intervensi Juara Sihat yang utama adalah amalan aktiviti fizikal dan
pemakanan sihat, manakala faktor penghalang utama adalah tidak konsisten dalam pengetahuan. Oleh itu, intervensi
obesiti kanak-kanak berasaskan sekolah perlu mempertimbangkan faktor-faktor ini yang mempengaruhi kemapanan
intervensi. Kajian masa depan dicadangkan untuk mempertimbangkan faktor-faktor tersebut ketika perancangan
program intervensi obesiti kanak-kanak untuk meningkatkan keberkesanan intervensi obesiti untuk jangka masa yang
lebih panjang.

DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2019-17SI-18


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Please contact the Chief Editor for any inquiries about the journal. For any technical difficulties please contact our technical support.

 

eISSN : 2289-4535

ISSN : 1675-8161