Qarinah: Kajian Penggunaan Alat Pengesan Alkohol di Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Amir Husin Mohd Nor, Nik Azlan Nik Man

Abstract


Artike! ini membincangkan konsep qarinah (keterangan sekeliling) daripada perspektif islam dan pengaplikasiannya dalam jenayah minum arak. Kajian ini akan menumpukan alat pengesan kandungan alkohol yang sedang dilaksanakan oleh Unit Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam JAWI. Undang-Undang prosedur jenayah Islam, Undang-Undang Keterangan Islam berkaitan hal ini akan juga dikaji. Terdapat dua metodologi yang digunakan dalam kajian ini iaitu pertama kajian keperpustakaan yang melibatkan pengumpulan dan menganalisis bahan-bahan dan yang kedua kajian kerja lapangan yang melibatkan pemerhatian dan temubual terhadap anggota unit Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuaan. Dapatan kajian ini menunjukkan alat pengesan kandungan alkohol yang digunapakai oleh Unit Penguatkuasaan alkohol diterima pakai di Mahkamah Syariah. Ini membuktikan bahawa penggunaan alat pengesan alkohol ini telah memainkan peranan penting dalam menyelesaikan kes-kes yang berkaitan kesalahan minum arak.

Keywords


law; shariah;

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.