Mobiliti Pekerja Migran Tidak Mahir ke Malaysia: Implikasi Sosial dan Perundangan Negara (Mobility of Unskill Migrant Worker to Malaysia: Social and Legal Implications)

Rohani Abdul Rahim, Muhammad Amin Nasrin Mohd Zuki, Mohamad Roashaaree Ab Rahim, Aiman Aizuddin Junaidi, Mohd Shukor Abdul Mumin

Abstract


Malaysia has a strong economic development plan to reach out for the National Transformation 2050. This development is closely linked to the need for sustainability of the labour resources needed to move this vision. Together with local sources of labour, migrant sources from abroad becomes employers’ choice, most of whom belong to unskilled workers who are legally enrolled, exploited as trafficking victims or inadvertently entering Malaysia undocumented to meet various needs in economic sectors. This develops the phenomenon of unskilled foreign workers influx. This unhealthy situation threatens the well-being of the people and the country. In return, various policies are formulated by the government to control the situation but are still less effective in addressing the question of uncontrolled border crossing mobility. As a consequence, it exacerbates social and legal issues involving the influx of illegal migrant workers. This push and pull factor has an impact on the local society and the trespass on the country’s borders due to unhealthy activities brought along with mobility and illegal entry. This affects the security and Malaysia images as a sovereign state. Other countries experiences in managing unskilled workers will be referred to in order to understand the problem of unskilled workers employment. the This article will highlight the country’s needs for skilled migrant workers, the economic sectors employing unskilled migrant workers, entry requirements as legal migrant workers; the problem state borders trespassing; the implications of unskilled foreign workers influx in the economic sector, social security of society and compliance to the state legislation.

 

Abstrak

Malaysia memiliki perancangan pembangunan ekonomi yang rancak menjelang Transformasi Nasional 2050.  Pembangunan ini berkait rapat dengan keperluan kepada kelestarian sumber buruh yang di perlukan untuk menggerakan perancangan ini. Bersama-sama dengan sumber buruh tempatan, sumber migran daripada luar negara menjadi pilihan majikan yang kebanyakkan mereka tergolong kepada pekerja tidak mahir yang di bawa masuk secara sah, di eksploitasi sebagai mangsa pemerdagangan manusia atau di seludup masuk ke Malaysia secara tanpa izin untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor ekonomi. Ini membina fenomena lambakan pekerja migran tidak mahir. Situasi kurang sihat ini mengancam kesejahteraan masyarakat dan negara. Sebagai imbalan, pelbagai dasar di bentuk oleh kerajaan untuk mengawal keadaan tetapi masih kurang berkesan bagi mengatasi persoalan mobiliti retas sempadan hampir tanpa had. Kesannya, ia memburukkan lagi masalah sosial dan perundangan melibatkan pekerja migran dengan berlakunya kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI). Faktor penarikan dan penolakkan ini menimbulkan kesan kepada masyarakat temapatan serta pencerobohan terhadap sempadan negara akibat aktiviti tidak sihat yang di bawa bersama dengan mobiliti dan kemasukan secara haram. Ini menjejaskan keselamatan dan citra Malaysia sebagai negara berdaulat. Pengalaman Negara luar dalam mengurus pekerja tidak mahir di rujuk untuk memahami masalah penggajian pekerja tidak mahir. Artikel ini akan menyingkap faktor keperluan negara terhadap pekerja migran  mahir, sektor ekonomi yang menggaji pekerja migran tidak mahir, kelayakan kemasukan sebagai pekerja migran sah; permasalahan pencerobohan sempadan negara; implikasi lambakan pekerja migran tidak mahir dalam sektor ekonomi, keselamatan masyarakat sosial dan pematuhan terhadap perundangan negara.

Kata kunci: Pekerja tidak mahir; PATI; implikasi sosial; penguatkuasaan undang-undang


Keywords


Illegal unskilled workers; mobility; social implications; law enforcement

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.