Love: The Agenda for Uniting The Muslim Ummah (LUMU)

SYAIDATUN NAZIRAH ABU ZAHRIN, RAFIZAH MOHAMAD ALI

Abstract


Kuasa dan semangat cinta yang dikaitkan dengan keajaiban ayat-ayat "cinta" memberi impak dan sumbangan besar kepada dunia secara menyeluruh. Makalah ini mengkaji keperluan dan hasrat untuk membaca terjemahan kitab suci Al-Quran bagi mengetahui perlaksanaan menyeluruh dari aspek kebijaksaan, cara dakwah, perjalanan kehidupan Rasullulah SAW dalam menyemai cinta terhadap Allah SWT dan Ummah. Cara gaya kehidupan Rasulullah SAW telah digariskan amal kebajikan di mana semangat cinta itu timbul dan seterusnya menyatukan umat Islam. Oleh yang demikian, kami menggariskan amalan dan perbuatan LUMU (Love: United Muslim Ummah) (Cinta: Penyatuan Umat Islam) untuk masyarakat Islam khususnya, di antaranya dalam aspek pendidikan dan ekonomi. Dalam perjalanan masa dan ruang untuk memperoleh keberkatan cinta Allah SWT dan sentiasa memperingati dengan berselawat memuji Rasullah SAW, umat Islam haruslah bersatu mengikut panduan Al-Quran dan sunnah Rasullulah SAW. Objektif utama kajian ini adalah untuk mencadangkan rangka kerja untuk menyatukan umat Islam, bukan hanya dengan kekuatan cinta, tetapi dengan memahami konsep cinta dalam Islam dan membina semangat cinta kepada kemanusiaan dan umat Islam khususnya bagi memenuhi keperluan Muslim.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia