Kajian Tingkah Laku Pengguna Tandas Masjid Di Negeri Kelantan (A Study of the Behaviours of Mosque Toilet Users in Kelantan)

NIK YUSRI MUSA, MOHAMAD IZZAT MOHAMAD GHANI

Abstract


Kritikan terhadap tahap kebersihan tandas masjid terutamanya di negeri Kelantan mendapat tempat di media massa dan media sosial. Rasa tidak puas hati terhadap sikap sebahagian pengguna tandas masjid yang mengabaikan aspek kebersihan tandas menimbulkan persepsi bahawa masyarakat Kelantan secara umumnya merupakan masyarakat pengotor. Situasi ini sebenarnya memberi impak yang cukup negatif kepada negeri Kelantan yang dikenali sebagai serambi Makkah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tingkah laku pengguna tandas masjid terhadap aspek kebersihan di negeri Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap tingkah laku pengguna tandas masjid, mengenalpasti tahap min setiap item dalam pembolehubah tingkah laku dan mengenalpasti hubungan antara item-item yang dikaji. Seramai 353 orang responden telah digunakan bagi mewakili populasi penduduk dengan metod kuantitatif melalui soal selidik. Kaedah deskriptif dan empirikal dilakukan setiap item yang dikaji bagi menjawab objektif kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science’ iaitu SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai kesahan dan kebolehpercayaan tingkah laku adalah 0.623. Dapatan kajan juga menunjukkan bahawa nilai min bagi tingkah laku positif (4.37) adalah lebih tinggi berbanding tingkah laku negatif (3.01) dengan masing-masing berada dalam lingkungan skala sederhana yang sama. Dapatan kajian turut menemukan terdapat hubungan antara item-item tingkah laku positif dan begitu juga tingkah laku negatif supaya boleh ditelitikan lagi. Keywords: tingkah laku, pengguna, kebersihan, tandas masjid.

 

Critiques on the hygiene level of mosque toilets especially in Kelantan are becoming more noticeable on both the mass and social media. The dissatisfaction towards some of the mosque toilet users who neglect toilet hygiene creates a perception that the Kelantanese people are generally unhygienic people. This phenomenon gives such a negative impact to Kelantan as it is well-known for its image as the 'Serambi Mekah'. This study aims to examine the behaviors of mosque toilet users in Kelantan with regard to the aspect of hygiene. The objective of this study is to identify the behavioral level of the mosque toilet users, the mean for each item under the behavior variable and the relationship between the items studied. A total number of 353 respondents were chosen in this study to represent the population by using a quantitative questionnaire method. Descriptive and empirical method were employed in order to answer the research questions. The data collected from the study was analyzed by using the Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 20 software. The findings show that the validity and reliability value for behavior is 0.623. The findings also show that the mean value for positive behaviors (4.37) is higher than the negative behaviors (3.01), with both items on the same moderate scale. The findings also suggest that the relationship between the items for the positive and negative behaviors can be further studied.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia