Pembangunan Kerangka Konseptual Kajian Aspirasi Kerjaya Pelajar TVET Kolej Komuniti di Malaysia (Designing Conceptual Framework for the Study of Career Aspirations of TVET in Malaysian Community College)

SHAFARIZAN ABD SAMAD, MOHAMMAD KHAIRI OTHMAN, MUHAMAD DZAHIR KASA

Abstract


Membangunkan modal insan merupakan agenda sangat penting bagi sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dilihat tonggak penting dalam sistem pendidikan negara. TVET merupakan salah satu bidang pendidikan yang bertujuan bagi menghasilkan pekerja mahir bagi pembangunan ekonomi negara. Platform pendidikan ini bukan sahaja untuk membangunkan pembangunan akademik dan teknikal pelajar, tetapi juga melahirkan pelajar bagi memperolehi kemahiran berkaitan pekerjaan. Setelah hampir sedekad, beberapa kelompangan masih membelenggu TVET, serta menghalang peranannya dalam mengungguli sistem pendidikan arus perdana. Oleh yang demikian, kertas konsep ini bertujuan untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan, kemahiran generik dan jenis tret-personaliti terhadap aspirasi kerjaya dalam kalangan pelajar TVET. Kajian ini adalah berdasarkan metodologi kuantitatif. Elemen-elemen ini dilihat tidak hanya penting dalam menyediakan pelajar untuk kebolehpasaran mereka pada masa hadapan tetapi juga sangat penting bagi penilaian tret-personaliti pelajar TVET terhadap aspirasi kerjaya mereka. Oleh itu, tujuan artikel  ini adalah untuk membincangkan isu tersebut demi bagi memastikan pelajar TVET terus mengekalkan aspirasi kerjaya yang sama dengan bidang yang telah dipelajari mereka di Kolej Komuniti.

 

Kata kunci: TVET; tret - personaliti; keberkesanan latihan; kemahiran generik; aspirasi kerjaya

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia