Citra Puteri Gunung Ledang menurut Perspektif Hikayat Hang Tuah (The Image of Puteri Gunung Ledang from The Hikayat Hang Tuah’s Perspective)

MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF

Abstract


Sesebuah karya epik menampilkan wacana yang menggugah dalam memerihalkan sebuah kehidupan, malah kesatriaan watak-watak yang terkandung di dalamnya mempesonakan. Watak-watak ini diperlihatkan dengan keunggulan dari segi perwatakan yang ideal sehingga diangkat sebagai suri teladan dalam kalangan masyarakat. Hikayat Hang Tuah merupakan salah sebuah karya epik yang begitu kaya dengan nilai-nilai sosial, kemanusian, kebudayaan dan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, naskhah Hikayat Hang Tuah menampilkan watak Puteri Gunung Ledang dari perspektif yang berbeza seperti yang sering diperihalkan kepada masyarkat atau berbanding yang tersurat dalam naskhah Sejarah Melayu. Perihal ini menjadi pemangkin dalam penelitian ini bagi mengenal pasti citra Puteri Gunung Ledang yang diterjemahkan dalam naskhah Hikayat Hang Tuah. Penelitian ini menyusuri naskhah Hikayat Hang Tuah bagi mengenal pasti watak serta perwatakan yang disandarkan pada watak Puteri Gunung Ledang dalam naskhah Hikayat Hang Tuah, lalu dihuraikan secara terperinci. Jelasnya, Puteri Gunung Ledang ditampilkan berbeza dari segi peranan serta kisah-kisah yang diceritakan dalam naskhah Hikayat Hang Tuah.

Kata Kunci: Puteri Gunung Ledang; Hikayat Hang Tuah; Sastera epik; Sastera sejarah; Epik Melayu 



Full Text:

Pdf

References


Abdul Rahman Haji Ismail & Haron Daud (Edt.). 2012. Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu); Cerakin sejarah, budaya dan bahasa. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Abdul Rahman Napiah. 1994. Tuah-Jebat dalam drama Melayu: Satu kajian Intertekstualiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haryati Hasan. 2014. Isu-isu wanita dalam manuskrip Melayu abad ke-15 hingga abad ke-18. Jurnal Perspektif, 6(1): 36-48.

Kamaruddin Md. Said. 2001. Orientalisme, Pascakolonialisme dan kepengarangan Melayu. Jurnal Pemikir, April-Jun.

Kassim Ahmad. 2017. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maizura Osman & Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). Metafora kritikan dalam peminangan Puteri Gunung Ledang: Analisis Pragmatik. MELAYU: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 11(1): 19-46.

Mohamad Daud Mohamad & Huszaidi Hussin (penyelenggara). 2006. Rangkaian pemikiran dalam karya sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Salleh Rahamad. 2014. Oksidentalisme dalam sastera Melayu sebelum merdeka hingga era Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Mohd Rosli Saludin & Muhammad Sufi Ahmad Nazri. 2020. Adab masyarakat Melayu lama dalam Hikayat Hang Tuah. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8(3):23-31.

Muhammad Nor Sahfiq Amran & Mas Rynna Wati Ahmad. 2021. Rasa emosi Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah. Jurnal Melayu, 20(2):267-281.

Shellabear, W.G. (pengusaha). 2016. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sohaimi Abdul Aziz. 2020. Lapisan budaya keris Taming Sari dalam Hikayat Hang Tuah: Pendekatan budaya dan Semiotik. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 13(2):319-338.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Salinah Ja’afar. 2013. Simbol kebesaran daulat, mahkota dan keris dalam Hikayat Hang Tuah. Jurnal Melayu, 11: 99-109.

Wan Abdul Halim Bashah. 2017. Hang Tuah dari Perspektif Sejarah. Serdang: Penerbit UPM


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia