Penggunaan Produk Kesihatan Semulajadi yang Selamat: Pemerhatian Awal dalam Kalangan Penduduk Perumahan Awam Sri Kota, Cheras (Safe-Use of Natural Health Products: Preliminary Observation among Sri Kota Public Housing Community, Cheras)

WARDAH MUSTAFA DIN, ISZAN HANA KAHARUDIN, RASYIDAH CHE SEMAN, NORFAZILAH AHMAD, IDAYU BADILLA IDRIS, AZIMATUN NOOR AIZUDDIN, ROSZITA IBRAHIM, MOHD RIZAM ABDUL RAHMAN, SAZMAN WAHAB, QISTINA MOHD GHAZALI

Abstract


Pasca pandemik penggunaan produk kesihatan semulajadi semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia, dan juga di Malaysia. Terdapat beberapa tujuan penggunaan produk kesihatan berasaskan bahan semulajadi oleh pengguna iaitu untuk merawat penyakit, mengawal simptom penyakit, mencegah penyakit dan untuk kesihatan umum. Seringkali penggunaan produk kesihatan semulajadi ini merupakan keputusan peribadi pengguna, dan sukar dipantau. Justeru itu, penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat merupakan satu aspek yang penting untuk ditangani. Kesedaran dan pengetahuan pengguna perlu dipertingkatkan supaya keselamatan pengguna dapat dijaga. Kajian ini merupakan pemerhatian awal di Perumahan Awam Sri Kota, Cheras, dimana seramai 32 orang penduduk ditemubual secara ringkas untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat. Terdapat lima (5) soalan ringkas ditanya untuk mendapatkan maklumat mengenai i) elemen produk yang disemak sebelum membuat pembelian produk, ii) individu yang dirujuk dalam penggunaan produk, iii) Faktor pemilihan/penggunaan produk, iv) logo yang dilihat pada produk dan v) pendaftaran produk melalui Quest 3+. Daripada kelima-lima soalan ini, didapati bahawa majoriti ahli komuniti yang ditemubual di Perumahan Awan Sri Kota, Cheras mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana rendah mengenai penggunaan produk kesihatan yang selamat. Oleh yang demikian, inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai penggunaan produk kesihatan yang selamat perlu dipergiat melalui pelbagai pendekatan agar masyarakat menjadi pengguna produk kesihatan yang bermaklumat dan selamat.

Kata Kunci: Produk kesihatan semulajadi; Penggunaan produk selamat; Komuniti; Pengguna.

 


Full Text:

PDF

References


Abidin, M.A.Z., Saleh, Y. & Nayan, N. 2014. Pembentukan indikator kesihatan penduduk bandar dalam wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat. Geografi 2(2): 96-114.

Alotiby, A. A., & Al-Harbi, L. N. 2021. Prevalence of using herbs and natural products as a protective measure during the COVID-19 pandemic among the Saudi population: an online cross-sectional survey. Saudi Pharmaceutical Journal 29(5): 410-417.

Guzman, J.R., Paterniti, D.A., Liu, Y. & Tarn, D.M. 2019. Factors related to disclosure and nondisclosure of dietary supplements in primary care, integrative medicine, and naturopathic medicine. Journal of Family Medicine and Disease Prevention 5(4).

Hui, S.T. 2019a. What the Rise of Health-Conscious Consumers Means for Health Supplements in Malaysia. Retrieved from https://janio.asia/sea/malaysia/health-beauty-rise-health-consciousness-my/. (accessed September 9, 2022).

Hui, S. T. 2019b. Health Supplement Trends in Southeast Asia and How Cross-border eCommerce Plays a Role. Retrieved from https://janio.asia/sea/health-supplement-trends-in-southeast-asia-and-how-cross-border-ecommerce-plays-a-role/. (accessed September 9, 2022).

Islahudin, F., Shahdan, I. A., & Mohamad-Samuri, S. 2017. Association between belief and attitude toward preference of complementary alternative medicine use. Patient Preference and Adherence 11: 913.

Izzo, A. A., Hoon‐Kim, S., Radhakrishnan, R., & Williamson, E. M. 2016. A critical approach to evaluating clinical efficacy, adverse events and drug interactions of herbal remedies. Phytotherapy Research 30(5): 691-700.

James, P.B., Taidy-Leigh, L., Bah, A.J., Kanu, J.S., Kangbai, J.B. & Sevalie, S. 2018. Prevalence and correlates of herbal medicine use among women seeking Care for Infertility in Freetown, Sierra Leone. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. Vol. 2018, Article ID 9493807, 11 pages. https://doi.org/10.1155/2018/9493807.

Lee, J. & Kwon, K.H., 2022. Sustainable changes in beauty market trends focused on the perspective of safety in the post‐coronavirus disease‐19 period. Journal of Cosmetic Dermatology 21(7):2700-2707.

Laporan Tahunan NPRA, 2021. https://npra.gov.my/index.php/en/informationen/annual-reports/npra-annual-reports.html. (accessed September 8, 2022).

Necyk, C., & Zubach-Cassano, L. 2017. Natural health products and diabetes: A practical review. Canadian Journal of Diabetes 41(6): 642-647.

Rameli, N., Ramli, F. & Salleh, D., 2019. Urbanization and Quality of Life: A Comprehensive Literature. Journal of Social Transformation and Regional Development 1(2): 24-32.

Septiarini, D. F., Ratnasari, R. T., Salleh, M. C. M., & Herianingrum, S. 2022. Drivers of behavioral intention among non-Muslims toward halal cosmetics: evidence from Indonesia, Malaysia, and Singapore. Journal of Islamic Accounting and Business Research.

Welz, A.N., Emberger-Klein, A. & Menrad, K. 2018. Why people use herbal medicine: insights from a focus-group study in Germany. BMC Complementary and Alternative Medicine 18(1): 1-9


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia