PROFIL KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI BUAH UNTUK PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN ‘SULAM’ (Orang Asli Sungai Buah Community Profile for SULAM Planning and Implementation)

ROZITA IBRAHIM, AZMAH MOHTI, NURAFIQA NAJIHAH KAMARULZAMAN, NASRUDDIN YUNOS, DORIS PADMINI SELVARATNAM

Abstract


ABSTRAK

                                                                                                                   

Profil komuniti berguna untuk memahami sumber dan keperluan sesebuah komuniti kerana ia  menyediakan maklumat asas bagi perancangan program pembangunan dan pembuatan keputusan. Kertas ini membincangkan profil komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Buah yang terletak di Dengkil, Selangor. Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian di lapangan, soal selidik dan temu bual mendalam bersama dua orang ‘key informants’ dalam kalangan ahli komuniti tersebut. Aspek yang dikaji pula meliputi kemudahan infrastruktur awam, kemudahan asas di rumah kediaman, sumber pendapatan dan bantuan kewangan, kebudayaan dan kesenian, serta status kesihatan umum. Dalam konteks kertas ini, penelitian profil komuniti digunakan sebagai asas pertimbangan pelaksanaan projek dan aktiviti berkaitan pembelajaran berasaskan khidmat atau SULAM bagi pelajar UKM. Hasil kajian profil komuniti Kampung Orang Asli Sungai Buah dipersembahkan dan kemudiannya analisis SWOT dilakukan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dari sudut pelaksanaan SULAM. Di akhir kertas, cadangan praktikal dalam perancangan dan pelaksanaan projek SULAM yang memenuhi keperluan pihak universiti dan komuniti akan dibincangkan.

 

Kata kunci: Pembelajaran berasaskan khidmat; SULAM; Kurikulum tersedia masa hadapan; Keterlibatan universiti-komuniti; Profil komuniti; Orang Asli

 

ABSTRACT

 

Community profile is a tool that provides basic information about available resources and needs of a community that is useful in guiding development planning and decision-making. This paper discusses the profile of Orang Asli community in Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor. The methods used are field observation, survey, and in-depth interviews with two key informants among the community leaders. The aspects covered in this study are public infrastructure, basic household amenities, source of income and monetary assistance, culture and tradition, and general health status. In the context of this paper, community profile study is used to determine the suitability of the community as a site for SULAM or service-learning for UKM students. The results of the community profile of Kampung Orang Asli Sungai Buah will be presented and followed  by  SWOT  analysis  to identify  strengths, weaknesses,  opportunities and challenges in relations to SULAM planning and implementation. At the end of the paper, practical recommendations that fulfil the requirements of both university and community will be discussed.

 

Keywords: Service learning; SULAM; Future-ready curriculum; University-community engagement; Community profile; Orang Asli 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Contact:

Editor-in-Chief

MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara

Pusat Pengajian Citra Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UK­M Bangi, Selangor Darul Ehsan

MALAYSIA

E-mail: jmalim@ukm.edu.my

© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia