PROFIL KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI BUAH UNTUK PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN ‘SULAM’ (Orang Asli Sungai Buah Community Profile for SULAM Planning and Implementation)
Abstract
ABSTRAK
Profil komuniti berguna untuk memahami sumber dan keperluan sesebuah komuniti kerana ia menyediakan maklumat asas bagi perancangan program pembangunan dan pembuatan keputusan. Kertas ini membincangkan profil komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Buah yang terletak di Dengkil, Selangor. Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian di lapangan, soal selidik dan temu bual mendalam bersama dua orang ‘key informants’ dalam kalangan ahli komuniti tersebut. Aspek yang dikaji pula meliputi kemudahan infrastruktur awam, kemudahan asas di rumah kediaman, sumber pendapatan dan bantuan kewangan, kebudayaan dan kesenian, serta status kesihatan umum. Dalam konteks kertas ini, penelitian profil komuniti digunakan sebagai asas pertimbangan pelaksanaan projek dan aktiviti berkaitan pembelajaran berasaskan khidmat atau SULAM bagi pelajar UKM. Hasil kajian profil komuniti Kampung Orang Asli Sungai Buah dipersembahkan dan kemudiannya analisis SWOT dilakukan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dari sudut pelaksanaan SULAM. Di akhir kertas, cadangan praktikal dalam perancangan dan pelaksanaan projek SULAM yang memenuhi keperluan pihak universiti dan komuniti akan dibincangkan.
Kata kunci: Pembelajaran berasaskan khidmat; SULAM; Kurikulum tersedia masa hadapan; Keterlibatan universiti-komuniti; Profil komuniti; Orang Asli
ABSTRACT
Community profile is a tool that provides basic information about available resources and needs of a community that is useful in guiding development planning and decision-making. This paper discusses the profile of Orang Asli community in Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor. The methods used are field observation, survey, and in-depth interviews with two key informants among the community leaders. The aspects covered in this study are public infrastructure, basic household amenities, source of income and monetary assistance, culture and tradition, and general health status. In the context of this paper, community profile study is used to determine the suitability of the community as a site for SULAM or service-learning for UKM students. The results of the community profile of Kampung Orang Asli Sungai Buah will be presented and followed by SWOT analysis to identify strengths, weaknesses, opportunities and challenges in relations to SULAM planning and implementation. At the end of the paper, practical recommendations that fulfil the requirements of both university and community will be discussed.
Keywords: Service learning; SULAM; Future-ready curriculum; University-community engagement; Community profile; Orang Asli
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Contact:
Editor-in-Chief
MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
Pusat Pengajian Citra Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
E-mail: jmalim@ukm.edu.my
© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia