INGATAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MELALUI UJIAN KOSA KATA PANTAS: PERBANDINGAN ANTARA PELAJAR PRASISWAZAH DAN PELAJAR PASCASISWAZAH ASING UKM
Abstract
Dalam pembelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar asing, penguasaan kosa kata adalah antara perkara penting yang perlu diberi perhatian. Penguasaan kota kata yang baik dalam kalangan pelajar asing akan menyumbang kepada penguasaan bahasa dan komunikasi. Namun, situasi pembelajaran Bahasa Melayu pada masa kini menyaksikan kelemahan pelajar dalam mengingati kosa kata penting yang telah dipelajari. Hal ini seterusnya memberi impak kepada prestasi mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar, melalui perbandingan min antara pelajar prasiswazah dan pascasiswazah. Dalam konteks ini, pelajar prasiswazah dan pascasiswazah yang berbeza tahap umur dan pengajian didedahkan kepada kursus bahasa Melayu tahap asas yang sama. Untuk tujuan kajian ini, instrumen ujian yang dinamakan Ujian Kosa Kata Pantas dijalankan kepada setiap kumpulan pelajar untuk melihat jumlah kosa kata yang mampu diingati oleh pelajar kedua-dua kumpulan dalam jumlah masa yang ditetapkan. Data kajian seterusnya dianalisis menggunakan Ujian T Bebas melalui kaedah perbandingan, dengan hasil ujian normaliti (p=0.525). Data kajian digolongkan kepada empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas untuk melihat prestasi ingatan pelajar terhadap kosa kata daripada empat golongan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min kosa kata oleh pelajar prasiswazah melebihi pelajar pascasiswazah. Golongan kata nama ialah golongan kata yang mencatatkan nilai tertinggi dalam ingatan kosa kata untuk kedua-dua kumpulan, manakala golongan kata tugas adalah yang terendah. Dapatan ini sekaligus menunjukkan tahap ingatan serta penguasaan kosa kata oleh pelajar pascasiswazah dalam konteks kajian ini adalah melebihi pelajar prasiswazah.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Contact:
Editor-in-Chief
MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
Pusat Pengajian Citra Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
E-mail: jmalim@ukm.edu.my
© Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia