PEMBINGKAIAN BERITA KRISIS SELATAN THAILAND DALAM AKHBAR ALIRAN PERDANA DI MALAYSIA
Abstract
Krisis Selatan Thailand membabitkan masalah keamanan, keganasan dan ketidaktentuan hala tuju di tiga wilayah berlaku sejak 1960. Malah, masalah itu semakin kemuncak pada tahun 2004 apabila pertempuran berlaku di antara penduduk dan pasukan tentera yang menyebabkan beribu-ribu rakyat Thailand terkorban. Sehingga kini, lebih 5,700 yang terkorban dan lebih 7,500 cedera. Pemimpin dan penduduk Selatan Thailand yang majoritinya berbangsa Melayu beragama Islam dilaporkan masih gagal mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka dengan kerajaan Thailand berpusat di Bangkok. Keadaan itu menyebabkan media Malaysia terpanggil untuk membuat liputan berita mengenai krisis Selatan Thailand berdasarkan kedekatan dan faktor geografi Malaysia yang bersempadan dengan Thailand. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti kekerapan penyiaran berita dan mengenalpasti pembinaan pembingkaian berita mengenai krisis di Selatan Thailand dalam akhbar-akhbar aliran perdana di Malaysia. Kajian dilakukan terhadap tiga akhbar iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. Sebanyak 74 berita mengenai krisis di Selatan Thailand disiarkan oleh ketiga-tiga akhbar sepanjang tahun 2013. Daripada jumlah itu, 139 isu daripada 10 isu yang diklasfikasikan dalam kajian ini dipaparkan. Hasil kajian mendapati berita krisis seperti isu Serangan didominasikan oleh Harian Metro dan Berita Harian dengan isu Krisis Keganasan selain isu Rundingan Damai didominasikan oleh New Straits Times.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528